Pemetaan dan analisis tipologi rekaan mahkota atap masjid tradisional di negeri Melaka

Nurfarahhana Ismail, and Ros Mahwati Ahmad Zakaria, and Zuliskandar Ramli, (2021) Pemetaan dan analisis tipologi rekaan mahkota atap masjid tradisional di negeri Melaka. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (1). pp. 69-80. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
969kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Mahkota atap masjid merupakan hiasan berbentuk 3D yang direka dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza. Mahkota atap ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu mempunyai tapak asas berbentuk empat persegi, berbentuk piramid, bertingkat, dan mempunyai hiasan sudut. Namun, keunikan mahkota atap masjid kini semakin terancam dan bilangannya semakin berkurangan disebabkan segelintir masyarakat yang tidak menerima dan dikatakan tidak sesuai hiasan ini berada pada bangunan masjid kerana mempunyai motif bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, tujuan utama kertas ini adalah untuk memetakan lokasi masjid yang masih bermahkota dan klasifikasi tipologi rekaan mahkota yang terdapat pada mahkota atap masjid di Melaka. Kaedah kajian yang digunakan bagi mencapai objektif ini adalah dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan serta menggunakan tipologi analisis. Kajian ini dijalankan di seluruh daerah di Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah. Penyelidikan ini dijalankan secara pendokumentasian bergambar 360° dengan menggunakan teknologi Dron jenis DJI Phantom 3 Standard untuk mendapatkan reka bentuk mahkota atap secara terperinci dan juga aplikasi Google Maps bagi memetakan lokasi masjid yang terlibat. Penggunaan Adobe Ilustrator juga membantu dalam menghasilkan ilustrasi visual rekaan mahkota atap masjid di Melaka. Hasil kajian telah menemui sebanyak 38 buah masjid tradisional yang masih mempunyai mahkota atap di Melaka. Hasil penemuan ini juga telah mengenal pasti beberapa jenis tipologi reka bentuk yang ditonjolkan pada rekaan mahkota atap masjid di Melaka. Hasil dapatan ini diharapkan agar perhiasan mahkota atap masjid ini tetap terus digunakan pada bangunan masjid sebagai seni perhiasan yang melambangkan identiti bagi masyarakat Islam tempatan khususnya di Melaka.

Item Type:Article
Keywords:Masjid; Mahkota atap; Tipologi; Melaka; Islam
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16885
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jun 2021 07:11
Last Modified:24 Jun 2021 16:45

Repository Staff Only: item control page