Koleksi tembikar tradisional dan tembikar prasejarah di Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang: dokumentasi dan analisis morfologi awalan

Esnita Sonie, and Suresh Narayanen, and Nasha Rodziadi Khaw, and Nini Havela Dishong, and Ahmad Fadly Jusoh, and Mohamad Ammar Supe, and Mohammad Ajib Rosman, (2021) Koleksi tembikar tradisional dan tembikar prasejarah di Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang: dokumentasi dan analisis morfologi awalan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (1). pp. 81-110. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Artikel ini melaporkan hasil kerja dokumentasi dan analisis tembikar yang telah dijalankan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Sebanyak lapan belas (18) tembikar tradisional iaitu dua belas (12) daripadanya ialah tembikar jenis terenang, lima (5) jenis belanga dan satu (1) tembikar jenis periuk serta beberapa serpihan tembikar prasejarah telah direkodkan. Kesemua tembikar ini telah dikaji menggunakan pendekatan morfologi. Analisis morfologi adalah satu bentuk kajian tentang ciri fizikal tembikar seperti saiz, berat, warna, bentuk, ketebalan, kemasan permukaan dan hiasan. Kajian-kajian lalu turut membuktikan bahawa nilai estetika pada tembikar dapat dijelaskan melalui bentuk motif, simbol dan ragam hiasnya. Analisis morfologi yang dijalankan ke atas tembikar prasejarah juga telah menyumbang maklumat asas tentang profil bibir dan ragam hias tembikar dari tiga buah tapak arkeologi di Pahang iaitu Gunung Senyum, Gua Bama dan Gua Sagu. Laporan awal ini diharapkan dapat menjadi bahan rujukan asas bagi kajian tembikar di Muzium Sultan Abu Bakar pada masa akan datang sekali gus memperkasa pengetahuan kita tentang warisan tembikar dulu dan kini di Pahang.

Item Type:Article
Keywords:Tembikar tradisional; Tembikar prasejarah; Muzium Sultan Abu Bakar; Dokumentasi; Analisis morfologi
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16886
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jun 2021 07:17
Last Modified:24 Jun 2021 16:49

Repository Staff Only: item control page