Bilcher Bala, and Baszley Bee Basrah Bee, and Zainuddin Baco, (2021) Penemuan warisan megalitik Lundayeh di Long Pasia: potensi arkeopelancongan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (1). pp. 111-128. ISSN 0128-0732
|
PDF
1MB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...
Abstract
Di Sabah, produk pelancongan berasaskan warisan megalitik kurang popular berbanding produk pelancongan alam semula jadi. Makalah ini bertujuan untuk mendedahkan satu prospek produk arkeopelacongan berasaskan warisan megalitik yang terdapat di Long Pasia. Kewujudan tapak megalitik di Long Pasia merupakan warisan kaum Lundayeh. Namun keadaan tapak adalah terbiar dan memerlukan perhatian serius daripada pelbagai pihak untuk tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan. Sejak tahun 2005, beberapa tapak megalitik telah dikaji dan didokumentasikan oleh para penyelidik dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur. Kajian yang dilakukan adalah berasaskan kaedah survei lapangan dan dokumentasi ke atas tapak terpilih. Hasil kajian mendapati tapak megalitik di Long Pasia berpotensi untuk tujuan arkeopelancongan. Kajian ini penting sebagai rujukan pengetahuan mengenai kewujudan tapak warisan megalitik di Long Pasia dan panduan untuk tujuan membangun arkeopelancongan di Long Pasia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Arkeopelancongan; Megalitik; Warisan; Lundayeh; Long Pasia |
Journal: | Jurnal Arkeologi Malaysia |
ID Code: | 16887 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Jun 2021 07:23 |
Last Modified: | 24 Jun 2021 16:51 |
Repository Staff Only: item control page