Hukuman terhadap pesalah kanak-kanak di Malaysia : pencegahan atau pemulihan?

Mohd Al Adib Samuri, and Noor Aziah Haji Mohd. Awal, (2009) Hukuman terhadap pesalah kanak-kanak di Malaysia : pencegahan atau pemulihan? Jurnal Undang-undang, 13 . ISSN 1394-7729

Full text not available from this repository.

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum

Abstract

Sistem keadilan juvenil telah dilaksanakan di Malaysia lebih 50 tahun. Sepanjang tempoh ini, mahkamah Malaysia telah mengaplikasi teori hukuman yang berbeza, seperti, pencegahan, retribusi, incapacitation dan pemulihan. Namun, apabila berhadapan dengan pesalah kanak-kanak, mahkamah di Malaysia lebih cenderung untuk mengaplikasikan teori pencegahan atau teori pemulihan. Dalam usaha tersebut, mahkamah telah menghadapi kesukaran untuk mengimbangi antara kepentingan kanak-kanak dan kepentingan awam. Sehubungan itu, kajian ini berobjektifkan menganalisis kedua-dua teori hukuman, pencegahan dan pemulihan, serta pemakaiannya oleh mahkamah Malaysia dalam konteks pesalah kanak-kanak. Dengan menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan kes-kes yang dilaporkan yang melibatkan pesalah kanak-kanak, kajian mendapati bahawa mahkamah di Malaysia lebih cenderung mengguna pakai teori pencegahan bagi pesalah kanak-kanak. Ini disebabkan pemakaian teori ini berupaya memelihara kepentingan awam. Kedua, hukuman bersifat deteren berupaya mencegah pesalah daripada mengulangi jenayah yang sama. Walau bagaimanapun, artikel ini mempertahankan bahawa teori pemulihan melindungi kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, mahkamah di Malaysia menggunakan teori pemulihan dalam bentuk yang terhad iaitu untuk kesalahan-kesalahan ringan dan pada umur tertentu. Walaupun teori ini masih belum diaplikasi secara meluas, teori pemulihan mempunyai potensi yang besar dan berupaya dibangunkan sebagai satu kerangka bagi sistem keadilan jenayah juvenil di Malaysia

Item Type:Article
Keywords:teori hukuman; hukuman terhadap pesalah kanak-kanak; pencegahan; pemulihan; retribusi
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:1689
Deposited By: Ms. Nor Ilya Othman
Deposited On:07 Jun 2011 01:52
Last Modified:14 May 2019 04:43

Repository Staff Only: item control page