Kajian perbezaan latar belakang dan kecenderungan keusahawanan pelajar sekolah menengah di Terengganu

Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang, and Ibrahim Mamat, (2020) Kajian perbezaan latar belakang dan kecenderungan keusahawanan pelajar sekolah menengah di Terengganu. Jurnal Pengurusan, 60 . pp. 1-14. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/pengurusan/issue/view/136...

Abstract

Malaysia sebagai sebuah negara membangun menggalakkan golongan belia supaya terlibat dalam keusahawanan dan menjadikannya sebagai satu bidang kerjaya pilihan. Namun begitu, tidak ramai rakyat Malaysia mengejar peluang keusahawanan yang disediakan oleh pihak Kerajaan untuk mereka. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perbezaan latar belakang dan kecenderungan keusahawanan pelajar sekolah menengah menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 161 pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kelab keusahawanan daripada 16 buah sekolah menengah sekitar Negeri Terengganu dipilih untuk dijadikan responden kajian ini. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS. Kajian ini mendapati sebahagian besar (79.5 peratus) responden mempunyai pengetahuan keusahawanan pada tahap sederhana. Seterusnya, kajian ini mendapati sebahagian besar (61.5 peratus) responden mempunyai kemahiran dan (57.8 peratus) kecenderungan keusahawanan pada tahap tinggi. Selain itu, kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran keusahawanan dan kerjaya impian. Kajian ini selanjutnya mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kecenderungan keusahawanan mengikut kerjaya impian, keaktifan dalam kelab dan tempat untuk menjalankan perniagaan. Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan dalam usaha untuk meningkatkan bilangan usahawan muda. Kewujudan kelab keusahawanan adalah asas penting dalam usaha menyediakan pelajar menuju ke arah kerjaya keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan muda pada masa depan.

Item Type:Article
Keywords:Kelab keusahawanan; Pendidikan keusahawanan; Kecenderungan keusahawanan; Keusahawanan sekolah menengah; Kerjaya keusahawanan
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:16898
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2021 06:47
Last Modified:26 Jun 2021 16:15

Repository Staff Only: item control page