Analisis status alam sekitar semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 di Malaysia

Jeffrey Lawrence D'Silva, and Haliza Abdul Rahman, and Dzuhailmi Dahalan, (2021) Analisis status alam sekitar semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 di Malaysia. Sains Malaysiana, 50 (3). pp. 869-878. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
328kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil3_...

Abstract

Alam sekitar adalah antara agenda utama ke arah mencapai pembangunan mampan dalam sesebuah negara. Sungguhpun isu ini penting, namun bilangan kajian yang berkaitan dengan status alam sekitar mengikut pandangan masyarakat masih berkurangan dalam konteks Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji status alam sekitar khasnya semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 dan mengenal pasti faktor yang boleh mempengaruhi status alam sekitar di Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan pengumpulan data dilakukan melalui survei dalam talian dengan jumlah responden seramai 507. Hasil kajian menunjukkan status alam sekitar bertambah baik semasa tempoh perintah kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 disebabkan penggunaan bahan api fosil dan bilangan kenderaan di jalan raya telah berkurangan. Sementara itu, perkara yang perlu diberi perhatian adalah mengenai keadaan sungai dan pengurusan sisa klinikal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kajian ini mencadangkan tiga perkara yang boleh dilaksanakan untuk kelestarian alam sekitar iaitu untuk meneliti bidang keutamaan ekonomi negara, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan pengurusan sisa klinikal yang lebih cekap.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Masyarakat; Perintah kawalan pergerakan; Status alam sekitar
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:16925
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jun 2021 08:22
Last Modified:28 Jun 2021 15:57

Repository Staff Only: item control page