Kearifan tempatan dalam pertanian sara diri: satu sorotan

Muhamad Faiz Aiman Mohd Sohaimin, and Azahan Awang, and Azlan Abas, (2021) Kearifan tempatan dalam pertanian sara diri: satu sorotan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(SI) (2). pp. 69-83. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
542kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377

Abstract

Perbincangan berkaitan kearifan tempatan dalam kalangan akademia dan masyarakat awam telah lama diperkatakan memandangkan ianya mempunyai keunikannya tersendiri. Keunikan ini termasuklah kepelbagaian makna dan takrifan kearifan tempatan yang tidak lari dari konsep asasnya merangkumi elemen persekitaran fizikal, budaya dan tradisi serta warisan. Kearifan tempatan yang wujud dalam pelbagai situasi membentuk keupayaannya tersendiri mendepani persekitarannnya. Pengaruh kearifan tempatan turut wujud dalam aktiviti pertanian sara diri. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan sorotan berkaitan kearifan tempatan, pengetahuan tersirat dan pertanian sara diri dalam komuniti Melayu. Bagi mencapai objektif dan tujuan tersebut, kajian ini mengaplikasikan sorotan kepustakaan melalui jurnal, buku dan log catatan di seminar dengan rujukan terhadap kearifan tempatan dan pertanian sara diri. Data dikumpulkan termasuklah berkaitan konsep asas, pengkelasan dan pengaruh kearifan tempatan dan pengetahuan tersirat serta kedinamikan pertanian sara diri dalam pelbagai ruang. Hasil dapatan menunjukkan pengaruh kearifan tempatan wujud dalam pertanian sara diri melalui alam persekitarannya. Diharapkan artikel ini dapat menyumbangkan ilmu berkaitan kearifan tempatan sekaligus membantu para pengkaji lain membuat perancangan dalam melestarikan dan meletakkan nilai kearifan tempatan di tempat seadilnya.

Item Type:Article
Keywords:Kearifan tempatan; Pertanian sara diri; Komuniti Melayu; Pengetahuan tersirat; Sorotan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16947
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jun 2021 04:11
Last Modified:29 Jun 2021 08:15

Repository Staff Only: item control page