Kesan hedonisme kepada generasi muda: kajian kes di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, kampus Pagoh

Shahidah Hamzah, and Nur Hafizah Yusoff, and Fauziah Ani, and Zahrul Akmal Damin, (2021) Kesan hedonisme kepada generasi muda: kajian kes di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, kampus Pagoh. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(SI) (2). pp. 98-108. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
391kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377

Abstract

Hedonisme merupakan budaya baru yang wujud kesan daripada proses globalisasi yang berlaku dengan pesat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor dan kesan hedonisme ini mudah menyerap dalam semua peringkat umur khususnya kanak-kanak dan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan borang kaji selidik dan 150 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dipilih. Dapatan kajian dianalisa oleh pengkaji dengan membuat peratusan terhadap data yang diperoleh. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat lima faktor utama penularan hedonisme ini iaitu diri sendiri, pengaruh institusi kekeluargaan, rakan sebaya, media massa dan persekitaran. Selain itu, terdapat pelbagai implikasi daripada penularan budaya ini yang boleh menganggu gugat kemaslahatan masyarakat seperti kemakmuran dan kesejahteraan negara tergugat, peningkatan terhadap kes jenayah, sikap boros dan bermewah, melahirkan masyarakat yang semakin malas serta peningkatan dalam kadar pengaganguran.

Item Type:Article
Keywords:Hedonisme; Generasi muda; Mahasiswa; Faktor; Kesan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16949
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jun 2021 05:01
Last Modified:29 Jun 2021 08:22

Repository Staff Only: item control page