Habibah Ahmad, and Wee, Eng Fui and Riduan Supadi, and Hamzah Jusoh, and Er, Ah Choy and Norngainy Mohd Tawil, (2021) Kesediaan masyarakat sivil mengadaptasi platform untuk peluang sharing economy: sorotan literatur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(SI) (2). pp. 109-126. ISSN 1823-884x
|
PDF
553kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377
Abstract
Konsep sharing economy telah berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara-negara maju berbanding di negara Asia termasuk di Malaysia. Terminologi sharing economy berkaitan penggunaan platform digital secara kolaboratif dikatakan mencabar dan mengubah semula model perniagaan secara tradisional. Kajian ini tertumpu kepada dua objektif iaitu menganalisa tren dapatan penyelidikan berkaitan sharing economy dan mengenalpasti perbezaan ketersediaan masyarakat terhadap platform sharing economy di peringkat global. Berdasarkan 200 artikel yang dianalisa, sembilan (9) tema telah dikenaplasi iaitu: (i) aktiviti platform digital; (ii) model perniagaan; (iii) pelancongan; (iv) kelestarian; (v) pengurusan; (vi) konflik; (vii) konsep dan kerangka (viii) kepentingan dan peluang; dan (ix) impak sosial. Tahap kesediaan di kalangan masyarakat dunia dikatakan berbeza di setiap negara dengan dipengaruhi pelbagai faktor khususnya kemajuan teknologi dan kesedaran masyarakat. Usaha yang berterusan wajar dilakukan oleh pihak berkepentingan dalam memastikan penggunaan konsep sharing economy yang diadaptasi dapat menyumbang kepada kemampanan ekonomi dan sosial. Kajian ini mencadangkan agar penyelidikan tentang airbnb diluaskan di Malaysia kerana ekonomi perkongsian menawarkan peluang dalam memajukan semua sektor.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sharing economy; Collaborative economy; Adaptasi; Platform digital; Peluang |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 16950 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Jun 2021 06:11 |
Last Modified: | 29 Jun 2021 08:26 |
Repository Staff Only: item control page