Keterancaman daya tampung fizikal di Tanjung Balau, Kota Tinggi

Rosniza Aznie Che Rose, and Muhammad Hazwan Helmi Shamsol, (2021) Keterancaman daya tampung fizikal di Tanjung Balau, Kota Tinggi. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(SI) (2). pp. 127-146. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
711kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377

Abstract

Keterancaman daya tampung fizikal merupakan satu ancaman yang mampu membawa sesebuah destinasi pelancongan dalam fasa bergenang dan kemerosotan seperti yang pernah dibincangkan dalam Teori Jangka Hayat Pelancongan. Bahkan ia akan memberi kesan besar terhadap tahap kepuasan pengunjung dan keinginan untuk mengadakan lawatan ulangan. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau, menghuraikan kesan daripada keterancaman tersebut, dan seterusnya menjelaskan langkah bagi menangani masalah yang wujud rentetan kejadian tersebut. Metod kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif melalui instrumen borang soal selidik terhadap 150 orang pengunjung secara rawak. Hasil kajian mendapati masalah keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di Tanjung Balau, Kota Tinggi adalah amat serius. Pengunjung memberikan pendapat negatif terhadap indikator kajian iaitu fasiliti awam yang memerlukan pelbagai usaha penyelenggaraan. Hal ini berikutan, tiada penyelenggaraan yang baik boleh mengancam keselamatan pengguna. Manakala isu serius ialah pendidikan kebersihan dalam kalangan pengunjung yang membuang sampah merata-rata dan menyebabkan pencemaran berlaku di kawasan sekitar. Sebaliknya dalam fasiliti berbayar seperti tandas awam, tahap kebersihan adalah amat tidak memuaskan dan wajar diberi perhatian dalam proses pemulihan. Keseluruhan kajian dijangkakan akan dapat memberi gambaran sebenar dan cadangan Langkah pengurusan bukan perundangan bagi meningkatkan mutu dan kualiti fasiliti awam di sekitar Kawasan Tanjung Balau.

Item Type:Article
Keywords:Daya tampung fizikal; Fasiliti; Kebersihan; Keterancaman; Pengunjung; Sikap
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16951
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jun 2021 06:19
Last Modified:29 Jun 2021 08:29

Repository Staff Only: item control page