Peranan keluarga dalam kawalan sosial tingkah laku devian mahasiswa

Muhammad Khairi Nabil Ezaddin, and Azlina Abdullah, (2021) Peranan keluarga dalam kawalan sosial tingkah laku devian mahasiswa. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(SI) (2). pp. 162-180. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
567kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377

Abstract

Kawalan sosial merupakan undang-undang yang mengikat masyarakat daripada bertindak di luar kawalan norma dan nilai yang dipersetujui bersama. Dalam aspek kawalan sosial tidak langsung, adat dan sistem kepercayaan atau keagamaan merupakan aspek yang mampu mengawal, mempengaruhi dan mengikat setiap anggota masyarakatnya daripada melakukan sesuatu yang dianggap betul atau salah. Bagi sebuah masyarakat, keluarga merupakan agen kawalan sosial yang utama dalam mengawal tingkah laku ahli-ahlinya daripada menjadi devian. Kajian dijalankan dalam kalangan 60 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa pengajian tinggi awam di Perlis. Objektif kajian adalah mengenal pasti bentuk-bentuk kawalan sosial yang dilaksanakan oleh keluarga mahasiswa, jenis-jenis tingkah laku devian dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku tersebut. Responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan kebarangkalian rawak mudah. Data-data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 21. Empat aspek kawalan sosial yang dijadikan sebagai indikator kajian ialah kawalan sosial tidak langsung, kawalan sosial langsung, kawalan sosial positif, dan kawalan sosial negatif - merangkumi norma, nilai, ganjaran dan hukuman. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden mengetahui, menyedari dan mematuhi hampir setiap bentuk kawalan sosial yang dilaksanakan oleh keluarga mereka. Majoriti responden bersetuju bahawa kaedah kawalan sosial tidak langsung berbentuk nilai dan kawalan negatif berbentuk hukuman adalah lebih berkesan dan berpengaruh dalam mengawal tingkah laku mereka. Bentuk-bentuk kawalan sosial keluarga didapati merupakan pengaruh utama dalam penentuan tingkah laku mahasiswa sama ada menjadi devian ataupun tidak. Kesimpulannya, seseorang itu memilih untuk mematuhi ataupun bertingkah laku devian adalah berdasarkan penerimaan, kesesuaian dan keberkesanan bentuk-bentuk kawalan sosial keluarga yang dilaksanakan terhadap diri mereka.

Item Type:Article
Keywords:Kawalan sosial; Keluarga; Pelajar; Kepatuhan; Devian; Sosiologi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16953
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jun 2021 06:36
Last Modified:29 Jun 2021 08:32

Repository Staff Only: item control page