Persepsi terhadap perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh kakitangan awam di Putrajaya, Malaysia

Kadir Arifin, and Wan Mohamad Zaidi Wan Isa, and Zainor-Akramin Haji Zaini, and Amirul Shazli Sahimi, (2021) Persepsi terhadap perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh kakitangan awam di Putrajaya, Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(SI) (2). pp. 198-212. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
481kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377

Abstract

Perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan terhadap di tempat kerja penting dalam memastikan prestasi keselamatan di tempat kerja berada dalam keadaan selamat. Kesedaran pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilihat masih lagi lemah terutamanya dalam pengaplikasian aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa kerja. Kajian ini ingin melihat pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang yang merangkumi dasar keselamatan dan kesihatan, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, prosedur keselamatan dan kesihatan, latihan keselamatan dan kesihatan, persediaan tindakan kecemasan, siasatan aduan dan kemalangan serta komitmen dan tingkah laku keselamatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan kaedah borang soal selidik yang diagihkan kepada 259 orang kakitangan pejabat dalam proses pengumpulan data. Hasil dapatan kajian yang diperoleh akan dianalisis secara analisis deskriptif iaitu dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan min untuk mengenal pasti tahap kesedaran responden terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek dasar dan aspek latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan menunjukkan skor min paling tinggi berbanding lain-lain elemen iaitu sebanyak 4.44 min. Justeru dapat dirumuskan bahawa dasar dan prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan penting terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada pada tahap selamat.

Item Type:Article
Keywords:Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; Kesedaran; Latihan; Kemalangan dan komitmen
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16955
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jun 2021 07:15
Last Modified:30 Jun 2021 02:33

Repository Staff Only: item control page