Persepsi terhadap tahap keberkesanan pengangkutan awam

Mohd Syafiq Asyraaf Mohd Talmizi, and Zurinah Tahir, (2021) Persepsi terhadap tahap keberkesanan pengangkutan awam. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(SI) (2). pp. 213-227. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
446kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377

Abstract

Pengangkutan dan jalan perhubungan merupakan aset yang penting dalam meningkatkan tahap aksesibiliti masyarakat untuk ke sesuatu tempat. Pembangunan infrastruktur ini berupaya memberi impak besar dalam memastikan keberkesanan sistem aliran barangan dan manusia bergerak dengan lancar dan sempurna. Namun begitu, pengangkutan yang beroperasi ini masih dibelenggu dengan isu perkhidmatan yang tidak kesudahan seperti isu tambang yang berbeza, kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan, kepadatan penumpang yang menimbulkan ketidak selesaan dan jadual waktu perjalanan yang tidak menentu. Malahan juga elemen keselamatan penumpang turut dipertaruhkan kerana pengangkutan ini tidak mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan pengangkutan awam di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif terhadap seramai 132 orang responden yang terdiri daripada penduduk di kawasan perumahan Taman Tenaga di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa tahap keberkesanan pengangkutan awam darat di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Keadaan kemudahan infrastruktur juga berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai oleh masyarakat. Rata-rata pengguna berpuas hati dengan layanan daripada pengusaha kepada pengguna. Dalam pada itu, strategi yang lebih berkesan dan sistematik perlu diguna dan dipraktikan oleh penggusaha dalam memastikan mutu pengangkutan awam berada di tahap yang lebih baik. Hal demikian, strategi supaya pengguna untuk terus menggunakan pengangkutan awam dari segi faktor kebolehpercayaan adalah dengan meningkatkan tahap keberkesanan pengangkutan awam pada tahap yang lebih baik. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian ini dapat membantu pihak pengusaha bas ekspres dalam menjamin keselesaan dan keselamatan terhadap pengguna dan seterusnya berusaha membuat perancangan yang lebih baik demi mendapat kepuasan pengguna demi menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Item Type:Article
Keywords:Pengangkutan awam; Keberkesanan; Perkhidmatan; Kualiti; Kepuasan pengguna
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16956
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jun 2021 07:28
Last Modified:29 Jun 2021 08:40

Repository Staff Only: item control page