Kadir Arifin, and Wan Mohamad Zaidi Wan Isa, and Zainor-Akramin Haji Zaini, and Amirul Shazli Sahimi, (2021) Tahap kesedaran kakitangan awam terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(SI) (2). pp. 229-242. ISSN 1823-884x
|
PDF
470kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1377
Abstract
Tahap kesedaran kakitangan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja penting dalam memastikan keselamatan sentiasa berada pada tahap selamat. Kajian melibatkan kakitangan pejabat di JKKP Putrajaya merangkumi aspek demografi dan aspek tahap kesedaran dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tahap kesedaran aspek keselamatan dan kesihatan terhadap kakitangan pejabat masih berada pada tahap lemah terutamanya dalam kalangan kakitangan pejabat adalah penentu kepada kejayaan sesebuah organisasi sama ada tercapai atau sebaliknya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran pekerja di JKKP dari aspek demografi, latihan, persediaan tindakan, siasatan aduan dan komitmen dan tingkah laku keselamatan. Responden kajian terdiri daripada seramai 259 orang kakitangan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Putrajaya, kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min untuk mengenal pasti tahap kesedaran responden terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan aspek latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang paling dominan iaitu 4.44 min berbanding aspek-aspek lain seperti persediaan tindakan keselamatan, siasatan aduan dan kemalangan dan komitmen dan tingkahlaku keselamatan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan penting terhadap aspek kesedaran pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan terutamanya dalam meningkatkan tahap kesedaran terhadap pekerja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keselamatan dan kesihatan pekerjaan; Kesedaran; Latihan; Kemalangan dan komitmen |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 16957 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Jun 2021 07:37 |
Last Modified: | 29 Jun 2021 08:42 |
Repository Staff Only: item control page