Nilai-nilai murni dalam kepimpinan pengajaran guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Daerah Mualim

Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, and Abd Hadi Borham, and Ummu Maisaroh Budiyono, (2021) Nilai-nilai murni dalam kepimpinan pengajaran guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Daerah Mualim. Al-Hikmah, 13 (1). pp. 3-19. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
439kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Islam adalah agama yang berteraskan kepada ilmu pengetahuan dan nilai murni seperti yang diwahyukan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Pendidikan dalam Islam adalah untuk membentuk insan yang seimbang di antara ilmu dan nilai (adab). Kertas ini bertujuan membincangkan senario kepimpinan pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) berasaskan nilai-nilai murni Islam di sekolah menengah di Malaysia. Bagi mendapatkan maklumat, satu kajian telah dijalankan di dua buah sekolah menengah Daerah Mualim Perak. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada murid di sekolah-sekolah tersebut. Sampel kajian ialah sebanyak 172 orang murid yang telah memberi maklum balas kepada soal selidik yang diedarkan. Seterusnya data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.00. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kepimpinan pengajaran islamik GPI berada pada tahap yang tinggi, begitu juga pencapaian murid dalam mata pelajaran pendidikan Islam turut berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu dapatan menunjukkan kepimpinan pengajaran islamik guru pendidikan Islam mempunyai hubungan yang signifikan sebanyak (53%) dengan penguasaan mata pelajaran pendidikan Islam. Implikasi kajian merumuskan amalan kepimpinan pengajaran berteraskan nilai-nilai murni Islam oleh GPI merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan penguasaan mata pelajaran pendidikan Islam murid.

Item Type:Article
Keywords:Nilai murni; Kepimpinan pengajaran; Guru Pendidikan Islam; Pencapaian pelajar
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:16961
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jul 2021 00:22
Last Modified:02 Jul 2021 05:20

Repository Staff Only: item control page