Pendekatan zikir al-munfarid dalam menangani tekanan ketika pandemik COVID-19

Mohammad Fahmi Abdul Hamid, and Norhana Ahad, and Khairul Azhar Meerangani, and Mohd Farhan Md Ariffin, and Izzah Nur Aida Zur Raffar, (2021) Pendekatan zikir al-munfarid dalam menangani tekanan ketika pandemik COVID-19. Al-Hikmah, 13 (1). pp. 21-42. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
544kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kesukaran dan perubahan dihadapi ketika ini akibat pandemik Covid 19 telah memberi kesan kepada struktur kehidupan fizikal manusia malahan lebih teruk di peringkat emosi individu. Justeru, pengukuhan kerohanian diperlukan bagi menyumbang kepada pembangunan jiwa dan spiritual individu. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengetengahkan amalan zikir al-munfarid yang boleh dipraktiskan dalam kehidupan seharian sebagai suatu modus spiritual ketika berhadapan dengan tekanan diri tatkala pandemik COVID 19. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif deskriptif dengan pendekatan analisis dokumen iaitu hadis berkaitan zikir sebagai sumber primer dan analisis dokumen seperti tesis, artikel dan buku sebagai sumber sekunder. Hasilnya, satu kaedah zikir dirumuskan melalui kerangka mudah untuk memahami praktikal zikir al-Munfarid yang boleh diamalkan secara lisan dan hati serta disesuaikan mengikut penetapan waktu atau tanpa penetapan waktu, dengan penetapan kadar suara perlahan atau kuat. Kaedah ini boleh diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian sebagai satu sokongan utama dalam meningkatkan fungsi ketenangan dan menggalakkan perasaan positif.

Item Type:Article
Keywords:Zikir; al-Munfarid; Tekanan; Pandemik; COVID-19
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:16962
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jul 2021 00:31
Last Modified:01 Jul 2021 00:31

Repository Staff Only: item control page