Faktor persekitaran sosial dalam pembentukan jati diri Hamka (1908-1981) menurut autobiografi kenang-kenangan hidup (1951)

Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2021) Faktor persekitaran sosial dalam pembentukan jati diri Hamka (1908-1981) menurut autobiografi kenang-kenangan hidup (1951). Al-Hikmah, 13 (1). pp. 72-96. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
412kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kenang-kenangan Hidup (1951) merupakan sebuah autobiografi tulisan HAMKA. Karya ini diterbitkan dalam empat jilid mewakili empat fasa kehidupan HAMKA sekali gus empat fasa sejarah Indonesia sebelum dan selepas merdeka. Dalam proses pembentukan jati diri HAMKA, beliau menggambarkan dengan baik faktor-faktor pengaruh persekitaran sosial dalam autobiografi tersebut. Penting untuk diketahui bahawa, di sebalik kehebatan seorang tokoh mereka pernah melalui persekitaran sosial yang signifikan dengan kedudukan mereka kemudiannya, namun persekitaran tersebut tidak hanya satu wajah sahaja melainkan agak rencam dan pelbagai. Kajian ini mahu menjelaskan faktor-faktor sosial bersifat kemanusiaan dan bukan kemanusiaan yang paling mempengaruhi pembentukan jati diri HAMKA menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan berdasarkan teks autobiografi tersebut. Kajian mendapati pengaruh persekitaran sosial kemanusiaan daripada bapa, guru dan masyarakat serta pengaruh persekitaran sosial bukan kemanusiaan berbentuk media cetak berbentuk buku, akhbar dan majalah adalah penting dalam membina jati diri HAMKA.

Item Type:Article
Keywords:HAMKA; Persekitaran sosial; Jati diri; Kenang-kenangan Hidup; Autobiografi
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:16964
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jul 2021 00:48
Last Modified:02 Jul 2021 05:38

Repository Staff Only: item control page