Lagu Malaysia Truly Asia sentuhan Ahmad Nawab: sebuah penjenamaan bangsa berakarkan rumpun Nusantara

Shazlin Amir Hamzah, and Shamsul Amri Baharuddin, (2021) Lagu Malaysia Truly Asia sentuhan Ahmad Nawab: sebuah penjenamaan bangsa berakarkan rumpun Nusantara. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (2). pp. 37-52. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
684kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1401

Abstract

Semenjak 1972, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan telah melaksanakan pelbagai kempen dalam usaha menjenamakan negara ini sebagai sebuah destinasi pelancongan unik di Asia Tenggara. Muzik popular memainkan peranan penting dalam proses ini bagi memberi gambaran kepada masyarakat apabila diperdengarkan tentang keunikan Malaysia. Pada 1999, lagu Malaysia Truly Asia telah digubah oleh Dato’ Seri Ahmad Nawab dan kini kekal sebagai lagu paling ikonik bagi kempen ini. Lagu ini asalnya direkodkan dalam bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke dalam tujuh belas bahasa asing untuk pasaran ke seluruh dunia. Lagu ini memperkenalkan dan mengenengahkan unsur-unsur warisan budaya tiga komuniti etnik utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India dengan sentuhan kompang, alunan alat muzik (serunai), Wayang Kulit Kelantan, gendang tabla, akordion dan seruling yang disulamkan bersama muzik orkestra moden. Lagu-lagu nasional seperti ini mewakili serta membina persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengaitkan mereka kepada ideologi dominan yang bersifat ‘takrifan autoriti’ kerana berasaskan politik etno-nasional hasil peninggalan pihak kolonial. Artikel ini membincangkan konsep ‘penjenamaan bangsa’ yang digunakan sebagai alat pemasaran sektor pelancongan Malaysia. Bagi Malaysia, penjenamaan bangsanya akan sentiasa diisi dengan elemen-elemen warisan sejarah rumpun Nusantara yang bersifat hibrid dan dikongsi bersama. Simbol-simbol warisan sejarah yang tersulam kemas ke dalam budaya seni persembahan ini mengalir dalam jiwa Ahmad Nawab dan beliau kemudian menjelmakannya dalam sebuah lagu popular sehingga diterima ramai sebagai identiti Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Penjenamaan bangsa; Warisan sejarah; Sejarah hibrid; Pelancongan; Lagu popular
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16968
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jul 2021 03:12
Last Modified:05 Jul 2021 01:41

Repository Staff Only: item control page