Meneroka pengaruh komunikasi kepemimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan di institusi pengajian tinggi swasta Malaysia

S. Maartandan Suppiah, and Wong, Xuang Ling and Paul Gnanaselvam Pakirnathan, and Mohd Khairie Ahmad, (2021) Meneroka pengaruh komunikasi kepemimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan di institusi pengajian tinggi swasta Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (2). pp. 130-153. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
743kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1401

Abstract

Penyelidikan ini meneroka pengaruh komunikasi kepimpinan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan di institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Kecenderungan untuk berhenti kerja dalam kalangan ahli akademik di Malaysia semakin meningkat dan komunikasi kepemimpinan dikenal pasti sebagai salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kepuasan kerja di tempat kerja. Komunikasi kepemimpinan berkesan dapat meningkatkan kepercayaan dan pemahaman antara pemimpin dengan pengikut yang dapat memberi inspirasi kepada pengikut supaya sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat organisasi. Teori kepemimpinan transformasional membincangkan bahawa seorang pemimpin yang memiliki kemahiran komunikasi kepemimpinan berkesan dapat menyumbang kepada pembentukan budaya kerja atau persekitaran positif di dalam sebuah organisasi yang dapat memotivasi anggota organisasi untuk maju dalam kerjaya mereka. Metodologi kualitatif digunakan untuk mengumpul data, khususnya pandangan daripada ahli akademik mengenai pengaruh komunikasi kepemimpinan terhadap kepuasan kerja. Data dikumpul melalui kaedah temu bual bersama dengan 22 informan. Berdasarkan hasil analisis tematik, tiga tema dibentuk iaitu; amalan komunikasi kepemimpinan, harapan ahli akademik terhadap komunikasi kepemimpinan, dan maklum balas anggota staf terhadap komunikasi kepemimpinan. Dapatan kajian ini menyumbang kepada dimensi baru komunikasi kepemimpinan dalam konteks pelbagai budaya, khususnya dalam konteks pendidikan tinggi di Malaysia. Penyelidikan ini mendapati bahawa komunikasi kepemimpinan mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan staf akademik. Komunikasi kepimpinan jelas menyumbangkan kepada persekitaran kerja positif dalam organisasi. Beberapa cadangan berasaskan perspektif teoritikal dan praktikal turut dikemukakan dalam membina persekitaran komunikasi kepemimpinan yang kondusif di institusi pendidikan tinggi swasta.

Item Type:Article
Keywords:Pemimpin-pengikut; Komunikasi kepimpinan; Organisasi; Komunikasi kepemimpinan; Transformasional; Kepuasan kerja
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16974
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jul 2021 04:22
Last Modified:05 Jul 2021 15:46

Repository Staff Only: item control page