Kebolehsampaian makna budaya kata nama khas dalam Xi you ji (Hikayat Jelajah ke Barat)

Cheah, Poh Ying and Goh, Sang Seong (2020) Kebolehsampaian makna budaya kata nama khas dalam Xi you ji (Hikayat Jelajah ke Barat). e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (8). pp. 32-50. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1352

Abstract

Makalah ini bertujuan mencerakin faktor kebolehsampaian dan ketidakbolehsampaian makna budaya kata nama khas (KNK) daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Korpus kajian melibatkan sejumlah 90 KNK yang dikutip secara manual daripada hikayat Xiyouji, dan teks sasarannya, Hikayat Jelajah ke Barat. Kajian ini memanfaatkan himpunan beberapa teori yang dipilih secara eklektik, iaitu definisi KNK yang digagaskan oleh Wang Li (1947) dan Li Rui (2014); pengkategorian makna budaya KNK mengikut takrifan ensiklopedia agama Buddha Zhongguo Fojiao Baike Quanshu (2001), kamus besar agama Taoisme Zhonghua Daojiao Dacidian (1995) dan definisi Li Rui (2014); penentuan ketepatan makna melalui takrifan Larson (1984) dan Newmark (1988). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kebolehsampaian makna budaya ialah kewujudan elemen budaya dalam jaringan sosiolinguistik bahasa Cina-bahasa Melayu berikutan interaksi antara budaya, kesesuaian teknik terjemahan yang dimanfaatkan, dan makna budaya yang upaya difahami melalui konteks ayat. Faktor ketidakbolehsampaian makna budaya ialah ketidakwujudan makna budaya dalam jaringan sosiolinguistik bahasa Cina-bahasa Melayu, dan perbezaan makna budaya antara sistem pengiraan waktu mengikut kalender lunar dan konsep masa Melayu. Sesungguhnya, penerokaan makna budaya kata nama khas secara keseluruhan dan pengaplikasian teori terjemahan yang tepat adalah mustahak bagi memastikan kebolehsampaian makna budaya kata nama khas ke dalam teks sasaran.

Item Type:Article
Keywords:Kata nama khas; Makna budaya; Kebolehsampaian makna; Pemindahan makna; Terjemahan bahasa Cina-bahasa Melayu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16999
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2021 06:36
Last Modified:11 Jul 2021 16:49

Repository Staff Only: item control page