Prestasi koperasi pekebun kecil sawit: perbandingan di antara model koperasi pekebun kecil FELDA, FELCRA dan KPSM

Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, and Juliza Jaafar, and Sarmila Md. Sum, and Abdullah Sanusi Othman, (2020) Prestasi koperasi pekebun kecil sawit: perbandingan di antara model koperasi pekebun kecil FELDA, FELCRA dan KPSM. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (8). pp. 204-223. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
974kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1352

Abstract

Kajian ini bertujuan menghurai dan menganalisis varians pencapaian item prestasi kewangan dan bukan-kewangan dalam model perniagaan koperasi pekebun kecil sawit (PKS) FELDA, FELCRA dan KPSM. Model perniagaan koperasi yang berbeza berpotensi mewujudkan variasi dalam prestasi. Kajian ini menggunakan teknik survei bagi mengumpul data daripada 234 buah koperasi sawit di Semenanjung Malaysia. Analisis statistik deskriptif, ANOVA-Satu Hala dan Analisis Post Hoc telah digunakan bagi menganalisis data. Hasil menunjukkan kebanyakan koperasi PKS cenderung menggunakan strategi pembezaan produk/perkhidmatandengan cara menawarkan perkhidmatan pusat pengumpulan buah sawit dan mengurus kerja ladang kepada ahli sebagai usahanya menjana pendapatan. Hasil ujian ANOVA mendapati koperasi KPSM berbeza min secara signifikan dengan model koperasi FELDA dalam item prestasi kewangan berkaitan “mencapai untung sasaran” dan “kekukuhan kedudukan tunai bagi menyelesaikan liabiliti jangka pendek”. Pada masa yang sama model FELDA dan FELCRA berbeza secara signifikan dalam pencapaian item prestasi kewangan berkaitan “bayaran dividen minimum kepada ahli-ahli”. Di samping itu, petunjuk prestasi bukan kewangan juga menunjukkan perbezaan min yang signifikan di antara koperasi KPSM dan FELDA pada item “bantuan pendidikan kepada anak-anak ahli”. Kajian ini menyumbang kepada ilmu dengan mengemukakan perbincangan prestasi merentasi model koperasi berbeza dalam konteks koperasi pekebun kecil sawit (PKS) di Malaysia. Implikasi praktikal kajian ialah pengurusan koperasi boleh mengoptimumkan kelebihan semulajadi entiti koperasi bagi memperkasa daya saing iaitu menerusi peluang kawalan ke atas seluruh rantaian nilai aktiviti sawit dan manfaat hubungan simbiotik dengan agensi induk. Daripada sudut ilmu, kajian ini telah menambah ilmu baharu dalam skop bidang Kelakuan Organisasi dan Pengurusan Strategik dengan mengemukakan dapatan mengenai prestasi koperasi PKS yang masih kurang dikaji.

Item Type:Article
Keywords:Koperasi; Prestasi; Strategi perniagaan; Pembezaan produk/perkhidmatan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17009
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2021 08:09
Last Modified:11 Jul 2021 17:11

Repository Staff Only: item control page