Hubungan demografi terhadap tahap pengetahuan amalan baik pembajaan oleh pekebun kecil sawit di Malaysia

Tan, Say Peng and Novel Lyndon, and Khairuman Hashim, (2020) Hubungan demografi terhadap tahap pengetahuan amalan baik pembajaan oleh pekebun kecil sawit di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (8). pp. 224-238. ISSN 1823-884x

[img] PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1352

Abstract

Sawit (Elaeis guineensis Jacq), tanaman asli yang berasal dari Afrika Barat yang menghasilkan minyak sayuran tropika paling produktif di seluruh dunia. Pada awal tahun 1870an, pihak British telah membawa baka sawit daripada Afrika ke Malaysia sebagai tanaman hiasan. Seorang pedagang Perancis, Henri Fauconnier bertanggungjawab menanam sawit pertama secara komersil di negara ini pada tahun 1917 di Ladang Tennamaram, Selangor. Pengeluaran minyak sawit amat penting kepada ekonomi Malaysia dan dikenali sebagai pengeluar komoditi kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Sehingga kini terdapat 5.90 juta hektar tanaman sawit di negara ini. Sektor pekebun kecil persendirian (PKP) merupakan sektor penting yang mempunyai entiti pengeluaran berskala kecil. Secara amnya, sektor ini dilihat tidak cekap dan tidak produktif berbanding sistem pengeluaran sektor ladang. Ini disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan pengetahuan dalam amalan baik pembajaan yang mempengaruhi pengeluaran buah tandan segar (BTS) yang rendah di kalangan PKP di Malaysia. Seramai 1,147 responden yang terdiri daripada PKP dipilih dalam kajian ini. Kajian dilakukan secara temubual bersemuka melibatkan latar belakang sosio-demografi, ciri-ciri kebun, pengetahuan dan amalan pembajaan yang mereka lakukan di kebun. Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak dari setiap negeri di Malaysia. Hasil kajian mendapati majoriti responden terdiri daripada golongan lelaki berumur 45 hingga 69 tahun dengan tahap pendidikan mereka berada di sekolah menengah. Purata umur PKP ialah 55 tahun dengan purata pemilikan tanah 3.54 ha. PKP membelanjakan sebanyak RM1,019.19/hektar/tahun untuk pembelian baja dengan harga purata RM 87.77/50kg/beg. Kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai pengetahuan asas mengenai amalan baik pembajaan. Namun begitu, kadar pembajaan oleh PKP masih dibawah paras minimum yang disyorkan.

Item Type:Article
Keywords:Tahap pengetahuan; Amalan baik pembajaan; Amalan pertanian baik; Pekebun kecil persendirian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17010
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2021 08:16
Last Modified:11 Jul 2021 17:12

Repository Staff Only: item control page