See Too, Kay Leng and Narimah Samat, (2020) Pengaruh tingkah laku pengguna terhadap penerimaan produk dan industri akuakultur di Pulau Pinang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (9). pp. 1-22. ISSN 1823-884x
|
PDF
622kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1359
Abstract
Dalam kehidupan harian kita, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan keputusan tidak kira dalam apa jua perkara. Hal ini termasuklah tingkah laku pengguna dalam membuat pilihan terhadap produk akuakultur. Di negeri Pulau Pinang terdapat kepelbagaian sumber makanan protein sama ada hasil tangkapan mahupun akuakultur. Namun begitu, terdapat dorongan yang berbeza dalam pemilihan produk makanan laut terutamanya produk akuakultur dalam golongan pengguna di negeri ini. Artikel ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku pengguna dalam membuat pilihan terhadap produk akuakultur dan mencadangkan satu kerangka model yang mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk akuakultur dan cara untuk mencapai industri akuakultur lestari. Kajian ini menggunakan teori Planned Behavior sebagai kerangka teoritikal untuk membuktikan faktor kecenderungan tingkah laku pengguna secara berkesan. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian mendapati daripada kelima-lima (norma sosial, norma subjektif, amalan, kewangan dan kawalan tingkah laku), faktor norma subjektif adalah faktor utama yang mendorong pengguna menerima produk akuakultur. Seterusnya, berdasarkan kecenderungan faktor tersebut kajian mencadangkan cara untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan industri akuakultur supaya lebih lestari.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tingkah laku; Pengguna; Produk akuakultur; Industri; Lestari |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 17013 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2021 01:12 |
Last Modified: | 11 Jul 2021 17:26 |
Repository Staff Only: item control page