Pengaruh kepimpinan politik kepartian berasaskan etnik terhadap pola keputusan PRU DUN Sabah 2020

Junaidi Awang Besar, and Muhammad Yusuf Idris, and Mohd Syukri Zainuddin, (2020) Pengaruh kepimpinan politik kepartian berasaskan etnik terhadap pola keputusan PRU DUN Sabah 2020. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (9). pp. 39-60. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
694kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1359

Abstract

Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 2020 diadakan berikutan perisytiharan pembubaran DUN Sabah oleh Yang Dipertua Negeri Sabah atas pemintaan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau bertindak sedemikian kerana percaturan politik yang tidak berkesudahan di Sabah oleh parti pembangkang di negeri tersebut yang berjaya mengumpulkan sejumlah ADUN Sabah dengan majoriti mudah untuk beralih sokongan kepada bekas Ketua Menteri iaitu Tan Sri Datuk Seri Musa Aman untuk dilantik sebagai Ketua Menteri baru. Walaupun bekas Ketua Menteri itu membawa kes pembubaran DUN Sabah ke mahkamah namun akhirnya PRU DUN tersebut tetap diadakan. PRU DUN ini dilihat sebagai ujian bagi melihat pengaruh WARISAN-PKR dan Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan situasi penularan wabak Covic-19. Objektif utama artikel ini ialah untuk menganalisis pengaruh politik kepartian berasaskan etnik dalam PRU DUN Sabah 2020. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Sabah 2020 dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa sokongan pengundi kepada parti politik dalam PRU DUN tersebut adalah berasaskan sentimen pimpinan kepartian etnik iaitu UMNO (BN) dan BERSATU (PN) yang dipimpin Orang Melayu mendapat sokongan di kawasan majoriti pengundi etnik Melayu Sabah serta Melayu Brunei pimpinan UMNO dan BERSATU; kawasan majoriti kaum Rungus-Kadazan-Dusun-Murut oleh pimpinan etnik Kadazan-Dusun daripada STAR dan PBS manakala WARISAN-PKR memperoleh sokongan di kawasan majoriti pengundi etnik Bajau pimpinan etnik Bajau WARISAN dan etnik Cina di kawasan bandar pimpinan etnik Cina DAP dan PKR yang bersekutu dengan WARISAN. Implikasi daripada penulisan artikel ini ialah politik kepartian berasaskan etnik terus mendapat kepercayaan pengundi kerana pengundi lebih yakin dan percaya kepada pemimpin etnik sendiri untuk memperjuangkan nasib hidup mereka dalam jangka masa panjang.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya umum; Ketua Menteri; Dewan Undangan Negeri; Politik kepartian; Etnik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17015
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2021 02:11
Last Modified:11 Jul 2021 17:29

Repository Staff Only: item control page