Pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar melalui pembelajaran sosial menurut perspektif Islam

Hasbullah Mat Daud, and Ahmad Yussuf, and Fakhrul Adabi Abdul Kadir, (2020) Pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar melalui pembelajaran sosial menurut perspektif Islam. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (9). pp. 75-89. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
520kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1359

Abstract

Pendidikan merupakan teras utama dalam membentuk peribadi akhlak mulia dalam diri pelajar dan akhlak merupakan aset penting dalam Islam. Pembelajaran yang sempurna akan melahirkan manusia yang mempunyai nilai akhlak dan budi pekerti tinggi. Oleh itu, terdapat beberapa faktor pembelajaran sosial yang mempengaruhi pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar. Kajian ini bertujuan membincangkan pembelajaran sosial menurut perspektif Islam dan faktor-faktor pembelajaran sosial yang mempengaruhi pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan dengan menganalis dan perbincangan dalam kandungan teks. Dokumen yang dianalisis terdiri daripada jurnal dan tinjauan artikel berkaitan pembentukan akhlak dan moral yang dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti elemen-elemen pembentukan akhlak. Kajian ini mendapati bahawa faktor-faktor pembelajaran sosial yang dikenal pasti memberikan kesan yang cukup signifikan dalam pembentukan akhlak pelajar adalah terdiri daripada guru, ibu bapa, rakan sebaya, persekitaran sekolah, persekitaran masyarakat dan media massa Dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor pembelajaran sosial berupaya menerapkan nilai Pendidikan Islam ke arah membentuk keperibadian insan soleh yang mengutamakan keyakinan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Selanjutnya kajian ini mempunyai signifikan terhadap KPM, guru dan juga ibubapa dalam memperkemaskan penerapan nilai Pendidikan Islam supaya matlamat menjadikan generasi muda yang beriman dapat dicapai.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran sosial; Dakwah; Akhlak Islam; Pendidikan Islam
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17017
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2021 02:37
Last Modified:11 Jul 2021 17:33

Repository Staff Only: item control page