Identiti koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia: satu deskripsi awal

Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, and Sarmila Md Sum, and Abdullah Sanusi Othman, (2020) Identiti koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia: satu deskripsi awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 84-101. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Koperasi adalah entiti yang ditubuhkan bagi mencapai matlamat ahli yang homogenous sifatnya. Secara umumnya, koperasi bertujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Namun selari dengan perkembangan semasa entiti koperasi turut berhadapan suasana baharu yang berpotensi memberi kesan kepada identitinya. Selain daripada itu, faktor kontekstual juga berpotensi mewujudkan pola tertentu dalam pengoperasian konsep koperasi. Makalah ini bertujuan mendeskripsi ciri-ciri identiti koperasi pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan teknik temubual dengan enam buah koperasi di negeri Selangor, Perak dan Johor. Data temubual telah dianalisa dengan kaedah tematik bagi mengenalpasti ciri-ciri identiti koperasi. Penemuan kajian menunjukkan koperasi pekebun kecil kelapa sawit dianggotai oleh pekebun atau peneroka dan generasi kedua dari kalangan mereka. Koperasi mempunyai struktur Ahli Lembaga Koperasi yang dipilih daripada ahli-ahli koperasi dan memiliki autonomi dalam membuat keputusan tanpa campur tangan pihak luar. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah cenderung ke arah portfolio perniagaan yang “selamat” dan “rendah risiko”. Walau bagaimanapun, koperasi pekebun kecil sawit terlibat menunjukkan pola pengembangan portfolio perniagaan yang tidak lagi tertumpu kepada pelaburan atau aktiviti-aktiviti pasif. Koperasi pekebun kecil kelapa sawit cenderung untuk terlibat dalam aktiviti penjanaan hasil yang lebih berdaya maju. Namun begitu secara keseluruhan, orientasi keusahawanan koperasi menunjukkan trend yang konsisten dengan corak penawaran perkhidmatan yang masih bersifat konservatif dan berhati-hati.

Item Type:Article
Keywords:Koperasi; Tadbir urus koperasi; Orientasi keusahawanan; Tingkah laku organisasi; Pengurusan; Pekebun kecil sawit
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17033
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 02:38
Last Modified:13 Jul 2021 02:16

Repository Staff Only: item control page