Isu dan cabaran usahawan dalam industri penternakan lebah kelulut

Rosmiza Mohd Zainol, and Nurul Hidayah Mohamad Nordin, and Jabil Mapjabil, and Mazdi Marzuki, (2020) Isu dan cabaran usahawan dalam industri penternakan lebah kelulut. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 102-116. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
228kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Wujudnya kesedaran masyarakat terhadap pemakanan sihat menjadikan madu lebah kelulut antara produk yang mendapat permintaan tinggi. Namun begitu, penawarannya adalah rendah di pasaran, berikutan wujudnya pelbagai isu dan cabaran yang menggugat pengeluaran hasil. Tambahan pula, bilangan usahawan yang menceburi bidang ini masih di tahap minimum. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menilai isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan penternakan lebah kelulut di Kuala Lipis, Pahang. Reka bentuk gabungan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif dilaksanakan ke atas 32 usahawan ternakan lebah kelulut. Hasil kajian mendapati gangguan fizikal melibatkan serangan serangga dan penyakit, monyet, burung pemakan serangga serta kecurian log kelulut oleh manusia merupakan isu serta cabaran utama yang dihadapi oleh usahawan. Gangguan aktiviti ekonomi manusia seperti penebangan hutan, penggunaan racun di kawasan pertanian dan kebakaran hutan, serta faktor musiman dan tahap pengetahuan usahawan yang rendah dalam proses pengeluaran turut menjadi isu dan cabaran dalam aktiviti penternakan lebah kelulut. Lantaran itu, penglibatan kukuh usahawan dalam industri penternakan lebah kelulut perlu mendapat sokongan padu daripada agensi pertanian dan agensi sokongan lain dalam memberi khidmat nasihat dan pengembangan. Selain itu, penyelidikan dan pembangunan terhadap potensi lebah kelulut perlu dipergiat bagi mengurangkan risiko dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan. Pendedahan kepada penggunaan teknologi 4.0 dalam penternakan lebah kelulut perlu diperluas kepada usahawan bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing selari dengan perkembangan Revolusi Pertanian 4.0.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Industri; Lebah kelulut; Madu kelulut; Proses pengeluaran; Usahawan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17034
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 02:44
Last Modified:13 Jul 2021 01:29

Repository Staff Only: item control page