Pengharaman fahaman Syiah dan hubungan Malaysia-Iran

Zarina Othman, and Nor Azizan Idris, and Abdul Halim Daud, (2020) Pengharaman fahaman Syiah dan hubungan Malaysia-Iran. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 117-131. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
294kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Keputusan Malaysia mengharamkan fahaman Syiah pada tahun 1996 mengejutkan ramai pihak khususnya Iran selaku rakan strategik penting di rantau Timur Tengah. Pengharaman fahaman Syiah diputuskan secara kolektif melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan setelah mendapati ajaran serta pengamalannya bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah di Malaysia. Oleh yang demikian, timbul persoalan, sejauh manakah pengharaman fahaman Syiah yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara ini memberi kesan terhadap hubungan luar Malaysia-Iran. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis impak pengharaman fahaman Syiah terhadap hubungan luar Malaysia-Iran khususnya dari kerangka kerjasama diplomatik, ekonomi, dan sosial. Kajian ini menggunakan metod pendekatan kualitatif berasaskan kaedah temu bual, kaedah analisis bahan bercetak, serta bahan-bahan berautoritatif dari internet. Kajian ini menggunakan teori konstruktivisme sebagai alat analisis dengan elemen seperti persefahaman, kerjasama, idea, norma dan identiti ketika mengkonstruk hubungan antara negara. Dapatan kajian menunjukkan, dasar negara mensekuritisasikan fahaman Syiah di peringkat domestik sebagai ancaman terhadap keselamatan negara tidak memberi kesan terhadap hubungan baik Malaysia-Iran. Hal ini diperkukuhkan dari petunjuk kerjasama diplomatik yang dikonstruk baik antara Malaysia-Iran. Manakala, kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara juga berada pada tahap yang baik serta memberangsangkan. Selain itu, kajian turut mendapati kerjasama sosial antara Malaysia-Iran semakin meningkat saban tahun khususnya menerusi industri pelancongan dan pendidikan tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Dasar luar negara; Fahaman Syiah; Iran; Malaysia; Teori konstruktivisme
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17035
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 02:50
Last Modified:13 Jul 2021 01:30

Repository Staff Only: item control page