Analisis tahap penerimaan isu Melayu-Islam dalam kempen pilihan raya di kawasan Melayu pinggir bandar

Marzudi Md Yunus, and Mohd Mahadee Ismail, and Azlina Abdullah, and Nor Azlili Hassan, and Hairol Anuar Mak Din, (2020) Analisis tahap penerimaan isu Melayu-Islam dalam kempen pilihan raya di kawasan Melayu pinggir bandar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 132-149. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
786kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Pilihan raya adalah medan penyampaian maklumat atau membangkitkan isu yang boleh digunakan oleh parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Dalam proses menyakinkan pengundi, parti politk dan calon akan menggunakan pelbagai strategi yang boleh menarik minat pengundi supaya mengundi mereka. Isu yang dekat dihati dan diterima oleh pengundi akan mendorong mereka memilih atau menolak calon yang bertanding. Isu-isu dalam suatu pilihan raya sangat penting untuk diurus dan dimanipulasi oleh parti politik. Penerimaan pengundi terhadap suatu isu akan membuka peluang kepada calon yang bertanding untuk menang. Kajian ini menganlisis isu-isu yang digunakan oleh parti politik bagi meraih sokongan pengundi Melayu di pinggir bandar. Isu Melayu-Islam, ekonomi, 1MDB, dan kedaulatan raja-raja antara isu yang penting bagi pengundi Melayu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kedudukan penerimaan isu Melayu-Islam dalam kalangan pengundi Melayu. Seterusnya kajian ini menganalisis penerimaan isu berasaskan umur, taraf pendidikan dan perolehan pendapatan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada pengundi Melayu di Dewan Undangan Negeri Semenyih yang dipilih secara rawak mudah. Dapatan yang diperolehi melalui kajian ini menunjukkan bahawa isu-isu Melayu-Islam secara dasarnya menarik minat pengundi Melayu dalam sesuatu kempen pilihan raya. Bagaimanapun tahap penerimaan tersebut adalah berasaskan kepada pemboleh ubah seperti umur, tahap pendidikan dan juga ekonomi seseorang. Sudut pandang berbeza berasaskan latar belakang individu akan mengubah kedudukan tahap penerimaan suatu isu dalam kempen pilihan raya.

Item Type:Article
Keywords:Isu; Kempen; Pilihan raya; Politik; Melayu; Islam
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17036
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 02:56
Last Modified:13 Jul 2021 01:32

Repository Staff Only: item control page