Penggunaan telefon pintar dan tahap nomofobia dalam kalangan murid berkeperluan khas di sekolah menengah

Tang, Lai Shin and Manisah Mohd Ali, (2020) Penggunaan telefon pintar dan tahap nomofobia dalam kalangan murid berkeperluan khas di sekolah menengah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 164-178. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
335kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti penggunaan telefon pintar dan tahap nomofobia dalam kalangan murid berkeperluan khas di sekolah menengah. Nomofobia merupakan satu keadaan di mana individu akan berasa takut dan bimbang apabila telefon pintar tidak bersama mereka. Murid berkeperluan khas dengan nomofobia terdedah kepada pelbagai kesan negatif dari segi perkembangan kemahiran motor, pencapaian akademik mahupun sosial. Soal selidik telah ditadbir terhadap 285 orang murid dari empat buah sekolah menengah pendidikan khas yang mengalami sama ada masalah pembelajaran, kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan atau kurang upaya fizikal. Statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratus, nilai min serta sisihan piawai telah digunakan bagi menganalisis data berkenaan tempoh penggunaan telefon pintar, tujuan penggunaan dan tahap nomofobia. Statistik inferensi melalui Ujian-T Dua Sampel Bebas pula membandingkan tahap nomofobia dari aspek jantina manakala Anova Sehala membandingkan tahap nomofobia dari segi tempoh penggunaan telefon pintar. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid sekolah menengah pendidikan khas mengalami tahap nomofobia yang sederhana. Wujud perbezaan yang signifikan antara jantina, dengan lelaki menunjukkan tahap nomofobia yang lebih tinggi namun tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi tahap nomofobia dari segi tempoh penggunaan telefon pintar. Kajian ini memberi implikasi kepada peranan guru, ibu bapa dan komuniti dalam mengawal penggunaan telefon pintar serta mengurangkan tahap nomofobia murid-murid berkeperluan khas melalui pelaksanaan program-program dan intervensi bagi menggalakkan perkembangan mereka ke arah yang lebih positif.

Item Type:Article
Keywords:Media sosial; Komunikasi; Murid berkeperluan khas; Nomofobia; Pembelajaran maya; Penggunaan telefon pintar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17038
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 03:15
Last Modified:13 Jul 2021 01:40

Repository Staff Only: item control page