Pemetaan isoglos varian dialek Terengganu berasaskan aplikasi sistem maklumat geografi

Shahidi A.H., and Mohamad Firdaus Azaharuddin, and Rahim Aman, and Muhamad Syahmi Shabri, (2020) Pemetaan isoglos varian dialek Terengganu berasaskan aplikasi sistem maklumat geografi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 179-196. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Makalah ini bertujuan menyerlahkan peta variasi Dialek Terengganu yang wujud di Lembangan Sungai Terengganu dengan mengaplikasikan perisian Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System). Variasi leksikal ‘aku’, ‘kamu’ dan ‘mereka’ yang berfungsi sebagai subjek dalam ujaran yang dituturkan oleh masyarakat kampung yang tinggal di sepanjang Lembangan Sungai Terengganu dimanfaatkan sepenuhnya dalam memenuhi objektif kajian ini. Kajian ini menerapkan kaedah kajian lapangan yang melibatkan teknik temu bual informan dan rakaman. Aspek geolinguistik dan bukan linguistik telah dikemukakan dalam makalah ini bagi mengukuhkan kewujudan isoglos bagi lapan varian dialek kawasan yang merangkumi varian Makam Lama, varian Tajin, varian Butut, varian Pauh, varian Bidur, varian Kuala Pueh, varian Jenagor dan varian Baung. Taburan varian untuk kebanyakan kawasan kajian di sepanjang LST adalah berbeza mengikut pengaruh pertuturan penuturnya dengan keadaan geografi kawasan kajian. Ringkasnya, penyebaran sesuatu dialek adalah sangat dipengaruhi oleh keadaan geografi atau bentuk muka bumi di persekitaran kawasan kajian seperti lembangan sungai, bukit bukau, hutan, bertanah pamah dan tasik. Dapatan kajian juga membuktikan tiada sebarang penemuan dialek luar atau bahasa Orang Asli di sepanjang Lembangan Sungai Terengganu. Kajian ini memberi implikasi kepada penambahan kosa ilmu linguistik khususnya bidang kajian Geografi Dialek, di samping mempertingkatkan kefahaman tentang variasi dialek Melayu dalam pendidikan variasi bahasa/dialek Melayu di sekolah, universiti dan kementerian pendidikan. Kajian ini adalah signifikan kepada para ahli linguistik Melayu yang berusaha meneruskan legasi pengkajian dialek di Malaysia dan kelestarian budaya Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Melayu; Geografi dialek; Lembangan sungai Terengganu; Peta isoglos; Sistem maklumat geografi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17039
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 03:24
Last Modified:13 Jul 2021 01:43

Repository Staff Only: item control page