Tahap keselamatan pejalan kaki untuk perjalanan ke sekolah

Nur Humairah Kamarudin, and Mazdi Marzuki, and Rosmiza M.Z., and Jabil Mapjabil, (2020) Tahap keselamatan pejalan kaki untuk perjalanan ke sekolah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 197-212. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
351kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Isu keselamatan sering dibahaskan, namun sehingga kini belum ada formula yang khusus untuk mengatasi masalah ini. Bagi pelajar yang berjalan kaki ke sekolah, mereka lebih terdedah dengan risiko kemalangan jalan raya kerana tidak menghiraukan dan mengabaikan aspek-aspek keselamatan semasa berjalan kaki ke sekolah. Oleh itu, aspek keselamatan harus dipertingkatkan bagi mengurangkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kemalangan yang menimpa pelajar berjalan kaki ke sekolah. Kawasan kajian melibatkan dua buah sekolah terpilih yang terletak di dalam Daerah Sabak Bernam, Selangor. Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak mewakili kawasan bandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap mewakili kawasan luar bandar. Kaedah soal selidik dilakukan ke atas 145 orang sampel melibatkan pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki ke sekolah. Data diperoleh menerusi data primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui kaji selidik, pemerhatian dan temu bual. Manakala data sekunder pula diperoleh melalui kajian di perpustakaan, dokumen, laporan dan jurnal. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar menunjukkan kesemua keempat-empat pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah tingkah laku pelajar, tingkah laku pengguna jalan raya, kemudahan pejalan kaki dan persekitaran berada pada tahap tidak memuaskan. Beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan tahap keselamatan di kalangan pelajar sekolah. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat penting dalam memastikan pejalan kaki dapat melakukan perjalanan yang selamat sewaktu melakukan trip sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Berjalan kaki; Bandar; Luar bandar; Pelajar sekolah; Tahap keselamatan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17040
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 03:29
Last Modified:13 Jul 2021 01:44

Repository Staff Only: item control page