Kesedaran tentang masalah kemurungan dalam kalangan guru

Manak Ek Klai, and Farhana Kamarul Bahrin, (2020) Kesedaran tentang masalah kemurungan dalam kalangan guru. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 273-284. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
278kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Masalah kemurungan merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang berpunca daripada kurangnya pengetahuan dalam diri individu, terutamanya bagi golongan profesion perguruan. Objektif kajian adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran para guru tentang masalah kemurungan. Dengan kesedaran yang ada pada para guru terhadap masalah kemurungan tersebut akan menjamin kesejahteraan hidup mereka dalam semua aspek, terutamanya dalam sistem sekolah. Seterusnya, ia akan mengekalkan produktiviti para guru dalam kehidupan seharian mereka. Kaedah analisis digunakan dalam penyelidikan kajian kualitatif ini adalah kaedah pengumpulan data secara tematik. Seramai sepuluh (10) orang responden, yang terdiri daripada guru mata pelajaran yang terlibat dengan peperiksaan awam sama ada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di SMKA Al-Mashoor Perempuan, Pulau Pinang telah ditemu bual. Hasil kajian telah dianalisis secara manual dengan menggunakan kaedah teknik analisis kandungan, dan mendapati bahawa para guru rata-rata mempunyai kesedaran akan masalah kemurungan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana para guru masing-masing mempunyai pengalaman secara tidak langsung terhadap masalah kemurungan, seperti mempunyai kenalan atau pelajar yang dikesan telah mengalami masalah kemurungan. Namun begitu, kefahaman para guru terhadap masalah kemurungan adalah kurang, kerana kurangnya pendedahan terhadap pendedahan masalah kemurungan kepada para guru di sekolah. Oleh hal yang demikian, penyelidik mencadangkan Akta Kerja Sosial digazetkan agar jawatan Pekerja Sosial Sekolah untuk membantu menangani masalah kesihatan mental di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Guru; Kemurungan, Kerja sosial di sekolah; Kesejahteraan; Pekerja sosial sekolah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17046
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 06:30
Last Modified:13 Jul 2021 01:59

Repository Staff Only: item control page