Aplikasi enam dimensi kelompok minoriti berdasarkan pendekatan Kinloch: perubahan sosio-politik minoriti Rohingya

Noor Farhana Ahmad Pazil, (2020) Aplikasi enam dimensi kelompok minoriti berdasarkan pendekatan Kinloch: perubahan sosio-politik minoriti Rohingya. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (4). pp. 311-325. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
260kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357

Abstract

Kehidupan golongan pelarian di negara penerima telah menyebabkan mereka berhadapan dengan pelbagai reaksi daripada masyarakat majoriti. Kajian ini memfokuskan pada minoriti Rohingya yang menetap di Malaysia. Operasi penghapusan etnik di Myanmar telah menyebabkan pengusiran berlaku dalam kalangan Rohingya dan mengakibatkan mereka digelar dengan pelbagai identiti seperti pelarian, pemohon suaka, golongan tanpa negara, orang hanyut serta etnik minoriti. Penindasan tehadap Rohingya di Myanmar telah menyebabkan kemunculan etnik ini di Malaysia menerusi migrasi secara besar-besaran bermula pada tahun 1978. Minoriti Rohingya secara umumnya dikategorikan sebagai golongan pelarian di Malaysia. Oleh itu, mereka berhadapan dengan undang-undang yang telah digariskan oleh kerajaan terhadap golongan pelarian. Sehingga hari ini, UNHCR (2020) mencatatkan anggaran 101,010 pelarian Rohingya yang telah mendaftar di Malaysia. Kajian ini akan merungkaikan hubungan antara masyarakat tempatan dan minoriti Rohingya di Selayang, Selangor dengan mengaplikasikan enam dimensi kelompok minoriti berdasarkan pendekatan Kinloch (1979). Kaedah kualitatif telah digunakan iaitu dengan menemu bual empat orang lelaki dan dua orang wanita etnik Rohingya di Selayang serta rujukan data sekunder daripada kajian perpustakaan seperti buku, jurnal, tesis, keratan akhbar dan data atas talian. Hasil kajian menunjukkan bahawa berlakunya sekatan dalam mendapatkan faedah dalam institusi terpenting seperti pekerjaan, pendidikan, serta kesihatan. Namun, kewujudan gerakan-gerakan sosial yang membantu golongan pelarian khususnya Rohingya dalam pelbagai aspek telah memberi ruang untuk minoriti ini meneruskan kelangsungan kehidupan di negara penerima. Interaksi yang baik antara kelompok majoriti dan minoriti Rohingya juga membantu mereka dalam beradaptasi dengan kehidupan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Gerakan sosial; Kelompok minoriti; Migrasi; Pelarian; Perubahan sosio-politik; Rohingya
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:17049
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2021 06:40
Last Modified:13 Jul 2021 02:03

Repository Staff Only: item control page