Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, and Mahfuzah Mohammed Zabidi, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, and Hamdi Ishak, and Haziyah Hussin, and Wan Qashishah Akmal Wan Razali, (2020) Pengajaran reflektif berteraskan nilai ‘al-suhbah. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 12 (2). pp. 17-35. ISSN 1985-5826
|
PDF
488kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1353
Abstract
Pengajaran Reflektif merupakan antara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pendidik. Ia lebih terfokus kepada domain afektif pelajar, yang dilihat amat sesuai untuk diterapkan dalam konteks pelajar masa kini yang banyak terdedah dengan penggunaan teknologi. Namun, penggunaan teknologi dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran ini perlu diimbangi dengan hubungan langsung antara guru dan murid. Justeru artikel ini menyerlahkan pendekatan ‘al-suhbah’ sebagai suatu pembaharuan dalam Pengajaran Reflektif dari sudut hubungan guru-murid yang efisyen bagi mencapai keseimbangan ketiga-tiga domain afektif, kognitif dan psikomoto pelajar. Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja dibimbing untuk menyelesaikan silibus subjek, bahkan juga diberi peluang untuk mengalami sendiri intipati subjek tersebut dalam bentuk program yang pelbagai. Kajian secara kualitatif ini melibatkan temubual dan pemerhatian terhadap 53 orang pelajar tahun tiga jurusan tafsir Al-Quran. Kajian ini berlangsung sepanjang Semester Satu bagi sesi 2019/2020 dalam kursus Pendidikan Al-Quran, di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Data-data yang diperolehi melalui refleksi secara penulisan dan lisan dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti dan disusun secara tematik bagi melihat kesan nilai al-Suhbah yang diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui laporan refleksi yang diperolehi, para pelajar didapati telah mencapai kesan positif secara langsung dengan pendekatan al-suhbah ini, terutamanya dari sudut menghargai nilai kehidupan yang menjadi fokus dalam domain afektif itu sendiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Al-suhbah; Pendidikan holistik; Pengajaran reflektif |
Journal: | Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education |
ID Code: | 17054 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jul 2021 01:08 |
Last Modified: | 13 Jul 2021 16:21 |
Repository Staff Only: item control page