Pembangunan kursus elektif bermodul bagi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia KOHOT 2015 - 2020: kelebihan dan cabaran

Rosiah Rohani, and Shuhaida Harun, and Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, (2020) Pembangunan kursus elektif bermodul bagi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia KOHOT 2015 - 2020: kelebihan dan cabaran. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 12 (2). pp. 87-109. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1353

Abstract

Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil initiatif semasa semakan kurikulum 2016 untuk melaksanakan Kursus Elektif secara bermodul bagi pelajar tahun IV sejak kohot kemasukan 2015/2016 sehingga 2019/2020. Kaedah pembangunan modul yang digunakan adalah melalui penanda-arasan bersama universiti terkemuka di dalam dan luar negara, serta melalui input daripada panel penilai industri yang dilantik dan menjalankan soal selidik bersama industri berkaitan. Pembangunan modul kursus elektif ini merupakan satu langkah untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengambil kursus pengkhususan kejuruteraan kimia mengikut kombinasi kursus tertentu sahaja secara lebih berfokus. JKKP telah memperkenalkan 3 modul kursus elektif iaitu bioproses, kejuruteraan sistem proses dan proses industri. Pendekatan ini mampu untuk memberi pelajar pilihan yang lebih berstruktur dalam mengikuti kursus elektif yang wajib diambil pada semester akhir pengajian mereka. Amalan ini adalah sangat berbeza dengan amalan sebelumnya yang lebih terhad dan tidak berstruktur. Di dalam kurikulum terkini ini, terdapat lebih banyak pilihan kursus yang dibangunkan mengikut acuan terkini industri di dalam bidang-bidang utama yang dikenalpasti. Kajian ini dilakukan untuk membandingkan tentang penawaran kursus elektif di peringkat jabatan dalam tempoh sebelum dan selepas semakan kurikulum dilakukan. Kemudian, minat pelajar berdasarkan pemilihan modul yang dilakukan telah diselidiki. Didapati bahawa kebanyakkan pelajar sangat cenderung untuk memilih modul proses industri, diikuti dengan kejuruteraan sistem proses dan akhir sekali bioproses. Melalui amalan ini, dapat dilihat kecenderungan minat pelajar ke arah bidang pengkhususan tertentu. Maklum balas yang positif juga diperoleh daripada pelajar di mana mereka menyatakan bahawa kursus elektifbermodul ini perlu diteruskan di masa akan datang kerana pelajar dapat menentukan halatuju kerjaya yang lebih jelas melalui pengkhususan kursus yang dipilih. Namun, terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani oleh jabatan bagi memupuk lebih minat pelajar kepada bidang yang kurang diminati seperti bioproses. Antaranya adalah dengan meningkatkan kualiti pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakan serta melibatkan industri di dalam pelbagai cara untuk menerapkan minat bidang-bidang tersebut. Dengan penghasilan graduat jurusan kejuruteraan kimia dari bidang yang pelbagai serta mencukupi dipercayai mampu untuk membekalkan tenaga kerja yang kompeten di dalam era revolusi industri 4.0 (IR 4.0) kini.

Item Type:Article
Keywords:Kursus elektif; Pengajaran reflektif; Modul; Tawaran kursus; Kaedah pemilihan
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:17059
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jul 2021 02:51
Last Modified:13 Jul 2021 16:31

Repository Staff Only: item control page