Peningkatan kemiskinan: peranan had kifayah dalam bantuan zakat

Nur Fatin Adilah Rohaizan, and Mohd Ali Mohd Noor, and Hairunnizam Wahid, (2020) Peningkatan kemiskinan: peranan had kifayah dalam bantuan zakat. Jurnal Ekonomi Malaysia, 54 (3). pp. 41-58. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/fep/jem/content/2020-3.html

Abstract

Kajian ini cuba menilai sama ada peningkatan insiden kemiskinan adalah berpunca daripada kemerosotan jumlah kutipan zakat atau masalah dalam agihan bantuan zakat yang tidak cukup untuk memenuhi keperluan sebenar asnaf fakir miskin. Secara spesifik, objektif kajian ialah untuk mengukur peruntukan zakat yang mencukupi bagi memenuhi keperluan sebenar asnaf fakir miskin. Kajian ini menganggar populasi asnaf fakir miskin dengan mengaplikasikan teori warm glow menggunakan data primer. Maklumat ini kemudian digunakan untuk menganggar kutipan zakat oleh pusat zakat dan penerimaan bantuan zakat oleh asnaf menggunakan data sekunder. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan jumlah fakir miskin bukan disebabkan oleh kemerosotan jumlah kutipan zakat. Ia disebabkan oleh jumlah zakat diterima fakir miskin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas atau had kifayah mereka. Ini menyebabkan jumlah fakir miskin kekal sepanjang tahun walaupun bantuan zakat telah diberikan. Kajian ini mencadangkan agar pusat zakat mempertimbangkan jumlah pemberian zakat sewajarnya berpandukan kepada keperluan sebenar atau had kifayah sebenar asnaf fakir miskin.

Item Type:Article
Keywords:Zakat; Had kifayah; Asnaf fakir miskin; Insiden kemiskinan; Teori warm glow
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:17079
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jul 2021 01:51
Last Modified:16 Jul 2021 02:07

Repository Staff Only: item control page