Keberadaan PAS di Sabah serta pencapaian dalam Pilihan Raya Umum, 1986-2018

Hamdan Aziz, (2020) Keberadaan PAS di Sabah serta pencapaian dalam Pilihan Raya Umum, 1986-2018. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (3). pp. 1-30. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
575kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361

Abstract

Makalah ini menganalisis sejauhmana keberadaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Sabah serta pencapaian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dari tahun 1986 sehingga 2018. Justeru pendekatan sejarah digunakan iaitu dengan meneliti laporan-laporan akhbar, laporan pilihan raya serta temu bual terhadap beberapa individu yang terlibat dalam perkembangan PAS Sabah di peringkat awal bagi memberikan naratif baharu melalui makalah ini. Hasil kajian mendapati keberadaan PAS Sabah serta pencapaian dalam pilihan raya adalah tidak konsisten serta semakin menurun sekalipun terdapat sedikit lenggok peningkatan berdasarkan keputusan dalam PRU 2008 dan PRU 2013. Bahkan jika dibanding dengan UMNO (United Malays National Organisation) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang mana berlaku peningkatan secara vertikal jika dibandingkan dengan pencapaian PAS pada tahap mendatar serta tidak banyak berubah. Tidak berlaku kedinamikan dalam hala tuju politik serta kegagalan bertahaluf siyasi dengan parti politik dominan lain di peringkat negeri atau nasional adalah dua isu utama yang menyelubungi PAS sehingga parti itu sukar mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Diharapkan makalah ini dapat memberikan panduan kepada pemimpin politik Malaysia khususnya dari Semenanjung yang ingin melebarkan pengaruh parti ke Sabah selain menetapkan hala tuju parti.

Item Type:Article
Keywords:Keberadaan; PAS Sabah; UMNO; PKR dan Pilihan Raya Umum
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:17093
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jul 2021 01:05
Last Modified:19 Jul 2021 07:19

Repository Staff Only: item control page