Kuik, Cheng Chwee and Ruhanie Ahmad, (2020) “Hedging” di Laut China Selatan: analisis tindakan negara-negara Asia Tenggara. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (3). pp. 58-86. ISSN 2180-0251
|
PDF
542kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361
Abstract
Pengurusan pertikaian di Laut China Selatan mesti mengambil kira perilaku “hedging” negara serantau. Hedging adalah pendirian tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam perlumbaan kuasa, yang digandingi pelbagai tindakan yang bertentangan untuk offset risiko yang mungkin muncul, dan diiringi usaha berterusan bagi menyediakan ruang contingency atau jalan keluar jika wujud sesuatu kebuntuan. Kecenderungan hedging seperti ini bukan hanya dipamerkan oleh negara penuntut, bahkan oleh negara bukan penuntut. Sebenarnya, tindakan assertif China yang kian meningkat, dan strategi Indo-Pasifik oleh A.S. yang kelihatan terumbang-ambing, menyebabkan negara-negara Asia Tenggara mengelakkan “balancing” (menjalin pakatan dengan A.S. bagi mengimbangi China); dan tiada satu pun negara kecil di rantau ini yang memilih “bandwagoning” (menerima hubungan secara berhierarki dengan China demi keuntungan, walaupun ini menjejaskan autonomi serta lain-lain kepentingan nasionalnya). Sebaliknya, mereka bertegas melaksanakan hedging. Apakah faktor yang mempengaruhi tindakan ini? Kertas ini menghujah bahawa kecenderungan dan tindakan hedging negara kecil adalah dipengaruhi oleh faktor struktural dan domestik. Faktor struktural menyebabkan negara lebih lemah berusaha mengelak daripada melonggokkan sepenuh harapannya kepada satu pihak tertentu sahaja. Ini disebabkan oleh keadaan tidak menentu yang berterusan mengenai niat China, komitmen A.S., dan masa depan hubungan China-A.S. Faktor domestik, terutamanya legitimasi politik elit pemerintah, mendorong sesebuah negara melaksanakan hedging demi untuk menangani risiko, menerusi pendekatan dasar yang dipelbagaikan. Perbincangan mengenai Laut China Selatan harus menerima realiti ini dan bukan meminggirkannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Laut China Selatan; Malaysia; Hedging; Negara kecil; Asia Tenggara |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 17095 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jul 2021 01:51 |
Last Modified: | 19 Jul 2021 07:22 |
Repository Staff Only: item control page