Muhammad Naim Fakhirin, and Zulkanain Abdul Rahman, and Fatimi Hanafi, (2020) Reaksi British terhadap pertikaian Konsul Amerika Syarikat dan Johor, 1870-1905. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (3). pp. 87-114. ISSN 2180-0251
|
PDF
919kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan yang dikemukakan oleh Pegawai Konsulat Amerika Syarikat di Singapura, Adolph G. Studer terhadap Maharaja Abu Bakar berhubung isu konsesi tanah di Muar dalam tempoh 1870-1905. Pertikaian ini menjadi semakin serius setelah kes ini didaftarkan di Mahkamah Washington pada 21 Ogos 1894. Tuntutan Studer ini bermula setelah Maharaja Abu Bakar membatalkan hak pegangan konsesi tanah ini. Baginda tidak mengiktiraf konsesi tersebut kerana Studer hanya berunding dengan Sultan Ali, pemerintah di Muar tanpa berunding dengan Baginda terlebih dahulu. Pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat melihat situasi yang berlaku ini bukan sahaja akan menggugat kegiatan ekonomi mereka, malah akan membuka ruang terhadap kuasa asing yang lain sekiranya perkara ini tidak diselesaikan. Dalam usaha untuk menyelesaikan perkara ini, British memainkan peranan yang penting dan mengemukakan cadangan agar pertikaian ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Bagi melihat mengenai situasi tersebut, artikel ini akan membincangkan dua perkara penting iaitu apakah yang dituntut oleh Studer terhadap Maharaja Abu Bakar dan tindakan yang dilakukan oleh British dalam usaha untuk menyelesaikan pertikaian ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | British; Johor; Amerika Syarikat; Mahkamah; Politik |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 17096 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jul 2021 02:28 |
Last Modified: | 19 Jul 2021 07:24 |
Repository Staff Only: item control page