Masalah salah laku seksual di Kelantan, 1916-1941

Haryati Hasan, (2020) Masalah salah laku seksual di Kelantan, 1916-1941. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (3). pp. 162-190. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai pelacuran, khalwat dan bersekedudukan serta rogol dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan. Penulisan dari perspektif sejarah sosial, memfokuskan tempoh masa 1916 sehingga 1941 berdasarkan analisis sumber primer seperti laporan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Pejabat Balai Kelantan (PBK) dan Pejabat Menteri Kelantan (PMK) yang diperolehi di Arkib Negara Malaysia. Artikel ini menganalisis gejala pelacuran dalam kalangan wanita Melayu Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua. Perceraian, kemiskinan dan pendidikan yang tidak sempurna merupakan faktor yang telah menjerumuskan mereka ke lembah pelacuran. Artikel ini turut menganalisis mengenai faktor berlakunya khalwat dan bersekedudukan seperti pengabaian nafkah dan tanggungjawab, kekurangan pengetahuan agama dan tarikan ekonomi. Wanita yang terlibat berstatus isteri atau telah bercerai, mempunyai pasangan dari pelbagai latarbelakang pekerjaan serta terdiri daripada kaum Melayu dan bukan Melayu. Pihak ketiga berperanan melaporkan kepada pihak MAIK mengenai masalah khalwat dan bersekedudukan serta rogol. Selain itu artikel ini membincangkan Notis no.26 tahun 1916 mengenai peranan MAIK dalam mengawal masalah salah laku seksual. MAIK berkuasa menangkap tanpa waran, memanggil dan menegah lelaki atau perempuan yang tidak berakhlak, menghalau pelacur dan orang tengah dari jajahan atau negeri Kelantan serta menjatuhkan hukuman denda dan penjara. Kewujudan laporan MAIK, membuktikan bahawa sejak ia ditubuhkan pada 1915 MAIK telah berusaha menangani masalah salah laku seksual yang melibatkan segelintir masyarakat Islam di Kelantan pada tempoh tersebut. Kajian ini dijangka mampu mengisi ruang kosong dalam penulisan berkenaan sejarah sosial Malaysia dan kajian gender khususnya sebelum Perang Dunia Kedua.

Item Type:Article
Keywords:Salah laku; Seksual; Kelantan; MAIK; Notis
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:17099
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jul 2021 03:18
Last Modified:19 Jul 2021 07:30

Repository Staff Only: item control page