Partisipasi NGO dalam bantuan kemanusiaan terhadap pelarian di Malaysia dan sumbangannya ke arah penyatupaduan masyarakat

Atika Shafinaz Nazri, and Nidzam Sulaiman, (2020) Partisipasi NGO dalam bantuan kemanusiaan terhadap pelarian di Malaysia dan sumbangannya ke arah penyatupaduan masyarakat. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (3). pp. 214-245. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
563kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361

Abstract

Naratif pelarian di Malaysia bukan seperti yang dijangkakan kerana terdapat sebilangan besarnya hidup dalam keadaan rentan tidak mempunyai keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, kewangan, kesukaran mendapat rawatan kesihatan dan kanak-kanak tidak memperolehi pendidikan secara formal. Ketidakstabilan kehidupan pelarian ini telah mendapat perhatian banyak pihak terutama NGO untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan. Justeru, konsentrasi utama kajian ini adalah mengenal pasti apakah peranan NGO bagi mengurangkan penderitaan pelarian dan pada masa sama meneliti bagaimana partisipasinya boleh menyumbang kepada penyatupaduan masyarakat. Kajian ini berbentuk kes yang mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi temu bual separa struktur bersama empat pegawai NGO MyCARE dan pemerhatian turut serta. Pemilihan organisasi ini dibuat berasaskan penglibatan secara aktif membantu pelarian di Malaysia sejak penubuhannya. Dapatan kajian menunjukkan bentuk-bentuk bantuan kemanusiaan bersifat sara hidup, pek makanan, rawatan kesihatan, pendidikan, perundingan, kemahiran kendiri dan ibadah korban telah mengurangkan serba sedikit bebanan yang dihadapi oleh pelarian. Penglibatan NGO, aktiviti, kerjasama pihak luar, penerima sumbangan, pengagihan di merata kawasan, sifat pemurah penderma, sokongan kerajaan di dalam ruang sosial melalui bantuan ini telah menemukan elemen perbezaan agama, bangsa, etnik, gender, usia dan kuasa untuk berkongsi detik perpaduan dan perasaan integrasi.

Item Type:Article
Keywords:Bantuan kemanusiaan; MyCARE; NGO; Pelarian; Penyatupaduan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:17101
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jul 2021 03:41
Last Modified:19 Jul 2021 07:32

Repository Staff Only: item control page