Budaya kepenyokongan sukan bola sepak sebagai tapak integrasi: penelitian terhadap kelompok Ultras Malaya

Muhammad Helmy Abd. Gapar, and Nurzalyna Mohamed Zaki, (2020) Budaya kepenyokongan sukan bola sepak sebagai tapak integrasi: penelitian terhadap kelompok Ultras Malaya. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (3). pp. 274-307. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
802kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361

Abstract

Sejak tahun 1970an lagi, pihak kerajaan menghalakan fokus kepada membina perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini diusahakan secara serius melalui pelaksanaan beberapa dasar-dasar utama seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Matlamat kedua-dua dasar ini adalah untuk mewujudkan Perpaduan Nasional yang diidam-idamkan. Salah satu elemen yang dimuatkan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berkaitan dengan aktiviti sukan. Melalui aktiviti sukan, pihak kerajaan percaya bahawa ia mampu untuk menjambatani hubungan antara kaum, selain memupuk rasa sepunya dan sekaligus membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan warga. Akan tetapi perlu disedari bahawa cakupan mengenai aktiviti sukan terlalu luas untuk diterokai. Ditambah pula, kajian mengenainya amat kurang mendapat perhatian dalam kalangan sarjana tempatan, meskipun ia sering diungkapkan secara meluas. Disebabkan perkara tersebut, maka peri penting untuk memilih aspek utama yang terkandung dalam aktiviti sukan untuk dijadikan topik perbincangan. Oleh yang demikian, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan mengenai kewujudan kelompok penyokong sukan bola sepak yang menamakan diri mereka sebagai Ultras Malaya. Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, kelibat Ultras Malaya sedikit sebanyak memperlihatkan sinar bahawa sukan bola sepak mampu untuk menjambatani hubungan antara kaum. Ia dipaparkan melalui sikap kepenyokongan yang ditunjukkan oleh kelompok tersebut. Untuk melihat perkara tersebut, peri penting untuk kembali melihat sejarah penubuhan Ultras Malaya serta menilai bagaimana aspek kepenyokongan yang ditampilkan oleh Ultras Malaya boleh dijadikan sebagai medium kepada tapak integrasi. Kertas kerja ini menggunakan pendekatan kualitatif. Manakala data primer diperolehi berdasarkan temu bual bersama penyelaras Ultras Malaya, selain daripada penyertaan secara langsung penulis ke dalam kelompok tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Ultras; Ultras Malaya; Perpaduan; Penyokong; Bola sepak
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:17103
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jul 2021 04:03
Last Modified:19 Jul 2021 07:34

Repository Staff Only: item control page