Dinamika integrasi politik melalui kerjasama politik di Malaysia: teras kepada tapak integrasi masyarakat multi-etnik

Mohd Mahadee Ismail, (2020) Dinamika integrasi politik melalui kerjasama politik di Malaysia: teras kepada tapak integrasi masyarakat multi-etnik. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (3). pp. 332-356. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
526kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang dinamika integrasi politik melalui kerjasama politik yang menjadi teras kepada tapak integrasi dalam kalangan masyarakat multi-etnik di Malaysia. Umumnya integrasi politik adalah suatu proses kerjasama politik di dalam dan antara etnik yang menjadi pemangkin kepada kerjasama dalam masyarakat yang berbilang etnik, agama, budaya, fahaman politik dan ideologi. Melalui pendekatan tersebut, jurang perbezaan yang wujud dalam kepelbagaian masyarakat bukan sahaja dapat dikurangkan malah menjadi suatu titik tolak kepada hubungan rentas etnik yang lebih luas menerusi pelbagai dimensi. Senario politik Malaysia sejak di ambang kemerdekaan sehingga kini masih mengekalkan pendekatan integrasi politik dalam meraikan kepelbagaian, menerima dan mengiktiraf perbezaan yang wujud dalam masyarakat. Lahirnya integrasi politik melalui Perikatan, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan, Muafakat Nasional dan terkini Perikatan Nasional adalah sebagai manifestasi berteraskan kepada pendekatan kerjasama politik. Dinamika integrasi politik menjadi teras kepada tapak integrasi masyarakat multi-etnik Malaysia yang dapat mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat yang dibezakan dengan latar belakang etnik, keturunan, agama dan budaya mampu menjalani kehidupan dengan aman dan sejahtera selagi mana kestabilan politik negara dapat dipertahankan.

Item Type:Article
Keywords:Integrasi politik; Kerjasama politik; Tapak integrasi; Masyarakat multi-etnik; Malaysia
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:17105
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jul 2021 04:32
Last Modified:19 Jul 2021 07:37

Repository Staff Only: item control page