PAS: permuafakatan politik sebagai tapak integrasi dan peranan wanita

Zaireeni Azmi, (2020) PAS: permuafakatan politik sebagai tapak integrasi dan peranan wanita. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (3). pp. 428-462. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
571kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361

Abstract

Di Malaysia, majoriti parti-parti politik bergerak di atas landasan kepentingan kaum. Ia mengakibatkan persaingan politik, perebutan kuasa serta kecenderungan untuk menonjol sebagai parti yang lebih berwibawa mewakili kaum-kaum tertentu. Oleh itu, dalam masyarakat yang berbilang kaum, parti-parti politik yang bersaing perlu mendapatkan undi rakyat bagi menubuhkan kerajaan. Kerjasama politik atau permufakatan politik dilihat sebagai satu strategi yang berkesan untuk mencapai objektif ini. Strategi ini mewujudkan beberapa gabungan parti-parti politik yang berkompromi dan bekerjasam untuk membentuk kerajaan. Permuafakatan politik ini menjadi tapak integrasi parti-parti politik yang mewakili kaum tertentu untuk meminggirkan kepentingan mereka dan mencapai persefahaman mewakili kesejahteraan rakyat Malaysia. Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan parti Islam dan dianggotai oleh majoriti etnik Melayu. Parti ini telah turut serta dalam beberapa gabungan permuafakatan politik. Kesannya, PAS berjaya meraih undi yang lebih tinggi dalam pilihan raya berbanding apabila parti itu bergerak sendirian. Setiap ahli parti menyokong permuafakatan yang dibuat oleh pimpinan parti termasuk wanita PAS. Namun persoalannya sejauhmanakah permuafakatan politik menjadi tapak kepada perpaduan kaum? Makalah ini cuba menyelusuri kedudukan PAS dalam permuafakatan politik serta merupakan usaha awal untuk memeta peranan yang dimainkan oleh wanita PAS dalam proses ke arah integrasi nasional.

Item Type:Article
Keywords:Politik permuafakatan; PAS; Wanita PAS; Hubungan rentas kaum; Integrasi
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:17109
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jul 2021 06:50
Last Modified:19 Jul 2021 07:43

Repository Staff Only: item control page