Niat menunggang motosikal dengan berisiko dalam kalangan belia: satu kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia

Vikneswaran Ramalingam, and Arina Anis Azlan, (2020) Niat menunggang motosikal dengan berisiko dalam kalangan belia: satu kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (4). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
650kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16

Abstract

Isu kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal di Malaysia semakin meningkat di mana sebanyak 41,857 kes dilaporkan antara tahun 2008 hingga 2017. Justeru, jika tiada apa yang dilakukan untuk mengurangkan atau membendung kematian motosikal di Malaysia, angka itu mungkin terus meningkat pada masa akan datang. Kajian ini membahaskan tentang niat menunggang motosikal dengan berisiko dalam kalangan belia Universiti Kebangsaan Malaysia. Teori tingkah laku terancang mengandaikan bahawa tiga faktor utama menyumbang kepada niat dan tingkah laku iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku. Seramai 253 responden telah mengambil bahagian dalam soal selidik yang telah diedarkan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Analisis regresi berganda telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor penyumbang utama kepada niat tingkah laku menunggang motosikal dengan berisiko. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap agresif, berdaya saing, mencari sensasi dan aspek kawalan penuh mempengaruhi niat belia untuk menunggang dengan berisiko. Kajian ini mencadangkan bahawa niat menunggang dengan berisiko perlu dibendung dan sistem sokongan sosial boleh dimanfaatkan untuk membendung kelakuan ini. Kajian ini juga mencadangkan bahawa strategi untuk menangani tingkah laku penunggang dalam konteks sosial yang lebih besar boleh menjadi tambahan berguna kepada keselamatan motosikal masa depan atau inisiatif latihan penunggang motosikal. Dinamik sosial penunggang motosikal, dalam konteks keselamatan jalan raya, adalah bidang yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Penyelidikan dalam bidang ini boleh membawa kepada pendekatan baru untuk mempromosi keselamatan motosikal yang berkesan menggabungkan aspek psikologi dan sosiologi penunggang.

Item Type:Article
Keywords:Sikap menunggang; Mencari sensasi; Menunggangan dengan berisiko; Berdaya saing; Niat
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:17111
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jul 2021 02:23
Last Modified:19 Jul 2021 07:51

Repository Staff Only: item control page