Impak media animasi terhadap kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak

Muhammad Sahrul Fahiz Mat Ariff, and Maizatul Haizan Mahbob, (2020) Impak media animasi terhadap kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (4). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
374kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16

Abstract

Terdapat pelbagai jenis media animasi di pasaran hari ini, namun pemilihan media yang sesuai adalah penting dalam memastikan pengaruh yang ditinggalkan oleh media animasi itu memberi impak yang positif kepada kanak-kanak khususnya kemahiran komunikasi interpersonal. Jika media animasi dimanfaatkan secara baik, ia akan membentuk keperibadian kanak-kanak yang seimbang dari segi fizikal, mental dan psikologikal. Kertas ini membincangkan penggunaan media animasi dan sejauh mana ia mempengaruhi kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak. Kanak-kanak adalah golongan paling terkesan dengan pendedahan media yang semakin sukar dikawal. Ini disebabkan sifat mereka yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat menerusi media. Justeru impak yang ditinggalkan oleh media animasi dari segi kandungan mesej dan pembelajaran sosial terhadap kanak-kanak adalah wajar untuk diambil perhatian. Tiga dimensi impak media animasi telah dikaji untuk melihat hubungan dan pengaruh media animasi terhadap komunikasi interpersonal kanak-kanak. Tiga dimensi tersebut ialah kekuatan mesej positif (bukan verbal/verbal), kekuatan mesej negatif (bukan verbal/verbal) dan pembelajaran sosial kanak-kanak. Berdasarkan analisis min, dimensi media animasi menerusi kekuatan mesej positif (bukan verbal/verbal) terhadap komunikasi interpersonal kanak-kanak berada pada tahap tinggi. Manakala, untuk dimensi kekuatan mesej negatif (bukan verbal/verbal) dan pembelajaran sosial kanak-kanak, kedua-duanya berada pada tahap sederhana. Melalui ujian korelasi pula, wujud hubungan positif yang signifikan tetapi rendah antara kekerapan pendedahan media animasi dengan kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak. Sementara analisis regresi pelbagai pula menunjukkan kekuatan mesej positif (bukan verbal/verbal) dan pembelajaran sosial kanak-kanak memberi pengaruh yang signifikan ke atas kemahiran komunikasi interpersonal kanak-kanak sebanyak 51.5 peratus. Dimensi lain yang dikaji iaitu kekuatan mesej negatif (bukan verbal/verbal) adalah tidak signifikan.

Item Type:Article
Keywords:Kanak-kanak; Media animasi; Kemahiran komunikasi interpersonal; Kandungan mesej; Pembelajaran sosial
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:17113
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jul 2021 02:34
Last Modified:19 Jul 2021 07:55

Repository Staff Only: item control page