Adaptasi pelajar wanita Melayu di United Kingdom

Alia Nadhirah Hisham, and Abdul Latiff Ahmad, (2020) Adaptasi pelajar wanita Melayu di United Kingdom. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (4). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
394kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16

Abstract

Terdapat peningkatan terhadap bilangan para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Fenomena ini secara tidak langsung dapat memberi peluang yang besar dalam meningkatkan kebolehpasaran diri dan kemampuan yang tinggi untuk mempelajari dan menerima budaya baru. Namun begitu, proses untuk melanjutkan pelajaran ke negara asing ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi sesetengah pelajar disebabkan oleh beberapa faktor peribadi, persekitaran dan budaya. Kajian ini dijalankan bagi meneroka proses adaptasi wanita Melayu yang pernah melanjutkan pelajaran di United Kingdom, serta proses penyesuaian semula setelah kembali ke Malaysia. Pengkaji telah memilih Model Lekuk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963) untuk meneliti setiap cabaran dan proses adaptasi dengan lebih mendalam. Model bermula daripada fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa penyesuaian, fasa pengasingan mental, dan akhir sekali fasa penerimaan dan integrasi. Bagi memastikan data yang diperolehi itu sah dan relevan, sesi temu bual mendalam yang melibatkan lima (5) orang wanita Melayu telah dijalankan. Berdasarkan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh informan, dapat dibuktikan bahawa kesemua pelajar wanita Melayu di dalam kajian ini telah berjaya melalui proses adaptasi semasa melanjutkan pelajaran di United Kingdom, walaupun menghadapj kesukaran atau cabaran dari aspek akademik, sosial dan agama. Begitu juga dengan proses penyesuaian setelah pulang ke tanah air, informan tidak mengalami sebarang kesukaran untuk beradaptasi dengan budaya asal mereka. Pembinaan hubungan dengan komuniti Malaysia dan pengekalan dalam mengamalkan budaya Melayu semasa menetap di luar negara selama tiga tahun telah menyebabkan mereka tidak mengalami kejutan budaya terbalik. Melalui kajian ini juga, pelajar tidak mengalami sebarang serangan yang berbentuk Islamofobia daripada masyarakat tempatan. Malah, pelajar wanita Melayu mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penghijrahan pelajar wanita Melayu ini telah memberi impak yang positif kepada diri mereka.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi; Penyesuaian semula; Wanita Melayu; United Kingdom; Model Lekuk-W
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:17114
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jul 2021 03:05
Last Modified:19 Jul 2021 07:56

Repository Staff Only: item control page