Enam elemen Aristotle dalam teater Menunggu Lampu Hijau

Nur Syafikah Mohamed, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2020) Enam elemen Aristotle dalam teater Menunggu Lampu Hijau. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (4). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
410kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16

Abstract

Kajian ini membincangkan enam elemen Aristotle dalam teater Menunggu Lampu Hijau karya Hatta Azad Khan. Teater Menunggu Lampu Hijau mula dipentaskan pada tahun 2013 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2015. Teater ini telah dipentaskan lebih tiga kali dan merupakan monodrama yang paling banyak dipentaskan berulangkali. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengupas struktur dalaman teater ini bersandarkan ‘enam elemen drama’ yang dikemukan oleh Aristotle. Enam elemen tersebut merangkumi tema, plot, bahasa, watak dan perwatakan, muzik serta unsur kekaguman. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah kualitatif untuk memperolehi data bagi artikel ini. Kaedah kepustakaan digunakan untuk meneliti bahan-bahan bercetak dan digital. Selain itu, kaedah analisis kandungan diaplikasi untuk meneliti sumber primer iaitu teater Menunggu Lampu Hijau yang dipentaskan di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, pada Oktober 2018. Hasil kajian mendapati kehadiran enam elemen yang menjadi kekuatan struktur teater ini. Sesebuah karya sastera bertunjangkan kepada tema dan plot yang sememangnya berkait rapat dengan struktur pembinaan karya sastera. Elemen bahasa, watak dan perwatakan merupakan elemen yang menggerakkan dan menyampaikan mesej dalam pementasan teater tersebut. Penggunaan muzik dan unsur kekaguman dapat membantu menarik perhatian penonton dan mempengaruhi mereka terhadap pementasan pementasan teater tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Enam elemen; Kritikan teater; Struktur teater; Monodrama; Hatta Azad Khan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:17115
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jul 2021 03:13
Last Modified:19 Jul 2021 07:57

Repository Staff Only: item control page