Wacana dan pengaruh Hallyu dalam iklan produk kecantikan wanita berbahasa Melayu: satu analisis wacana kritis

Suziana Mad Saad, and Qurratu‘Aina Muhd Ridhwan, (2020) Wacana dan pengaruh Hallyu dalam iklan produk kecantikan wanita berbahasa Melayu: satu analisis wacana kritis. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (4). pp. 1-21. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16

Abstract

Kajian ini menumpukan pemerhatian terhadap pengaruh budaya popular Korea/ Hallyu dalam iklan produk kecantikan wanita berbahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan analisis wacana kritis. Dalam kajian ini, pengkaji bermatlamat untuk mencapai objektif yang berikut. Pertama, mengenal pasti ciri-ciri linguistik (nahu dan leksikal) dan bukan linguistik (semiotik) wacana iklan produk kecantikan berbahasa Melayu yang berkaitan dengan pengaruh Hallyu. Kedua, menganalisis sifat kewacanaan iklan produk kecantikan berbahasa Melayu yang berkaitan dengan pengaruh Hallyu dan ketiga menghuraikan pengaruh budaya popular Hallyu yang tersirat dalam wacana iklan berbahasa Melayu berasaskan intertekstual, semiotik dan keinterdiskursiviti iklan tersebut. Kajian ini memanfaatkan pendekatan analisis wacana kritis yang diperkenalkan oleh Fairclough (1992) dan diubahsuai oleh Idris (2010). Analisis kajian adalah berdasarkan kepada gabungan ciri teks, sifat kewacanaan dan semiotik dalam 30 data iklan produk kecantikan wanita berbahasa Melayu yang diambil menerusi data web. Analisis menunjukkan bahawa walaupun wacana iklan merupakan iklan produk kecantikan buatan Malaysia, ditulis dengan bahasa Melayu bagi pasaran domestik di Malaysia, namun mempunyai pengaruh Hallyu yang terserlah melalui ciri tekstual dan amalan wacana dalam teks yang dikaji. Dapat disimpulkan bahawa selain memberikan alternatif kepada pengguna tentang pemilihan produk kecantikan, ianya juga dapat memberi satu kesedaran baru tentang kewujudan pengaruh Hallyu dalam produk kecantikan wanita di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Analisis wacana kritis; Budaya popular Korea; Hallyu; Iklan; Produk kecantikan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:17118
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jul 2021 03:36
Last Modified:19 Jul 2021 08:00

Repository Staff Only: item control page